Isnin, 5 Februari 2018

Teks Ucapan Perasmian Pameran Poster 'Keindahan Asia'





Assalamulaikum dan selamat sejahtera,

Saudara Pengacara Majlis,


Yang Berbahagia En. Zachary Haris Ong

Presiden ico-D (International Congress of Design Regional)

Yang Berusaha Pn Melisa Wong,

Presiden of Wrega Malaysia,

Ahli Lembaga ico-D dan, pereka grafik, peminat seni reka grafik dan para hadirin sekalian

Terlebih dahulu Balai Seni Negara sebagai penganjur bersama pamera poster ini  mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada para pereka yang mengambil bahagian di dalam pameran ini yang bertajuk ‘The Beauty of Asia’ yang diadakan di Pusat Kreatif Balai Seni Negara yang diadakan selama 3 minggu daripada 23 Januari sehingga 15 Februari ini.

Tahniah juga diucapkan kepada wREGA atau Graphic Design Association Malaysia dan KECD atau Korean Ensemble of Contemporary Design yang telah berusha menganjurkan pameran ini di Kuala Lumpur. Pameran ‘The Beauty of Asia’ ini difahamkan telah diadakan sebelumnya di Busan, Korea Selatan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Balai Seni Negara sebagai sebuah badan seni visual sangat menyokong kepada usaha untuk mempertingkatkan pengetahuan khalayak terhadap perkembangan seni lukis dan seni reka seperti yang terdapat pada poster  antarabangsa ini. Pameran poster ini telah memperlihatkan keindahan negara-negara Asia seperti lanskap, makanan dan budaya oleh 10 negara Asia yang mengambil bahagian.  Pameran ini telah berjaya mengumpul sebanyak 100 buah poster yang direka oleh pereka dari negara Uzbekistan, China, Korea Selatan, Jepun, Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina dan Iran.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Semoga usaha-usaha untuk mengadakan pameran bergerak di bandaraya-bandarya lain seperti Jepun dan Amerika Syarikat akan berjalan dengan jayanya dalam memperkenalkan seni budaya Malaysia kepada dunia.

Tahniah sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam pembinaan pameran ini.
Sekian, Terima kasih.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan