Isnin, 29 Mei 2017

'Art of Islam - Language and Meaning' : Terjemahan Pengenalan oleh Jean-Louis Michon

Pembaca yang sedang membaca atau akan membaca buku Art of Islam:  Titus Burckhardt , diterbitkan pada 1976 dan, kini diterbikan semula, suatu yang menarik untuk melihat buku ini diterbitkan semula, buku ini boleh dikatakan salah satu mutiara yang berharga sepanjang karier beliau sebagai pengarang (1908-1984). Dikurniakan dengan kebijaksanaan dan sensitiviti yang tinggi, Burckhardt tertarik dan terpesona dengan tahap awal keindahan yang terdapat pada kesenian tradisional, sungguhpun menerima pendidikan berasaskan agama Kristian di Barat dimana bapanya merupakan pengarca yang terkenal, menghasilkan hasil kraf dan tinggal kini di Basle dan di Florence. Di bandar-bandar inilah Titus sering mengunjungi sekolah-sekolah seni, muzium-muzium seni, etnografi dan kebudayaan Timur yang hebat, setelah bertahun-tahun memperoleh pengetahuan yang luas daripada tamadun yang telah menghasilkan monumen dan artifak yang dikaguminya.
Daripada situ fikiran dan intuitif telah membawanya kepada melihat cita-cita dan nilai-nilai yang telah diilhamkann oleh arkitek dan seniman yang menghasilkan tamadun dan agama mashyur di dunia ini pada masa lalu sehinggalah ke hari ini, dan mendedahkan khazanah yang tersimpan tersebut dalam hasil karya seni suci, seolah-olah sains tradisional seperti kosmologi dan ilmu kimia. Menyedari bahawa kajian yang beliau jalankan selama ini perlu disudahkan dengan menjalin hubungan secara langsung dengan orang yang hidup dalam konteks yang sebati  dengan kepercayaan tradisi dan tingkah laku manusia, Burckhardt memutuskan untuk keluar merantau  ke negara yang agak terjejas disebabkan penaklukan oleh kemajuan pembangunan, sebuah negara di mana dalamnya masih mempunyai hubungan dengan budaya masyarakat tempatan yang tidak memerlukan perintisan yang terlalu sukar dan panjang.
Keadaan ini merujuk kepada sebuah negara iaitu Maghribi, jiran terdekat Eropah, terkenal dengan perwatakan penduduknya yang  terbuka dan cepat mesra. Bagi Burckhardt, yang baru berusia dua puluh dua pada ketika itu, pilihannya itu merupakan pilihan yang lebih tepat kerana dia telah mempunyai pengetahuan asas dalam bahasa Arab dan mempunyai pertalian yang kuat dengan semangat dan budaya Islam. Kembaraan beliau ini mengambil masa selama lima tahun, walaupun ada sedikit gangguan seperti beliau melawat keluarga dan kawan-kawannya di Basle, Burckhardt hidup sepenuhnya sebagai autokton yang mengembara naik turun ke dataran utara dan pergunungan di Utara Maghribi, memerhatikan segala-galanya baru di sekelilingnya dan merakamankan pengalaman beliau pada nota-nota peribadi dan surat-surat kepada kawan-kawannya. Testimoni-testimoni hidup ini digambarkan dengan melalui lukisan-lukisan, lakaran, dan gambar foto hitam dan putih, telah diterbitkan oleh Burckhardt sendiri dalam penerbitan yang dinamakan Buku1 beberapa tahun selepas beliau kembali dari Maghribi dan menetap di Basle untuk bekerja di sana sebagai seorang ketua editor untuk Urs Graf Verlag, firma yang pakar dalam penghasilan semula manuskrip zaman pertengahan.

Buku pertama ini hanya ada dalam versi asal yang berbahasa Jerman, mengandungi informasi yang mengkagumkan dan masih penting sehinggalah pada hari ini, sekiranya Burckhardt secara spontan mengambarkan ciri-ciri tertentu, misalnya sesuatu yang tidak ada lagi menjadi kepunyaan negara, pasti perubahan yang radikal dan kemusnahan nilai-nilai tradisi tidak dilakukan. Sepanjang dua fasa utama yang boleh dikatakan perjalanan yang “penuh bermakna”, fasa pertama beliau menghabiskan masa di kawasan pendalaman Utara Maghribi, dimana beliau melakukan beberapa kerja termasuklah menjadi pengawal dan pengembala  kambing, dan fasa kedua dihabiskan pula di kawasan bandar iaitu di Fez, dimana di sinilah tempat beliau belajar, dengan memberi penumpuan dan pemuliharaan seperti biasa, selain belajar menulis bahasa Arab dan mempelajari sains keagamaan di Universiti Qarawiyyin, Burckhardt juga mendokumentasikan pelbagai watak manusia seperti antara Arab dan Barbar, nomad dan penduduk tetap, petani, pedagang, tukang kraf, daripada perajin tukang asing warna dan pencelup kain kepada seniman halus yang menghasilkan dekorasi seni bina daripada kayu, dempul dan zellij, wakil-wakil agamawan dan pihak-pihak berkuasa masyarakat, sarjana ilmuwan dan ahli-ahli sufi” Pertemuan dengan orang-orang ini memberi kepuasan kepada beliau, seolah-olah beliau telah belajar sesuatu mengenai rasa positif  dalam kehidupan dan mengesahkan lagi Tradisi, 2 apabila diikuti dengan rasa hormat dan keyakinan, ia adalah panduan setia kepada ketenangan dan kepuasan. Beliau juga melihat cerminan Keindahan pada mereka-mereka ini melalui sikap mereka, pakaian mereka, alat-alat yang mudah dan peralatan yang digunakan semasa memasak atau bangunan dan menghias rumah mereka.

Hubungan intim yang dijalinkan antara Titus Burckhardt dan Maghribi, "Tanah di Ambang Waktu ", tidak pernah pudar. Malah, idea-idea asas mengenai hubungan antara bentuk seni ( "bahasa") dan akar rohani mereka ( "makna") sudah jelas menegaskan dalam "Ouvrage de jeunesse" (ungkapan Perancis yang kadang-kadang diwarnai dengan sikap melindungi tetapi di sini adalah penghormatan yang diberikan kepada kesegaran dan wawasan satu pengalaman yang berkaitan dengan pengembara muda). Tema-tema ini terus matang dan telah dibangunkan di antara tahun 1935 dan 1976 dalam siri-siri penulisan artikel dan buku-buku yang berkaitan dengan keunikan dan ketinggian seni Islam. Semua tulisan-tulisan ini akhirnya dihimpunkan untuk membentuk sebahagian daripada Seni Islam, dimana sintesis besar yang diterbitkan pada tahun 1976, skop saya hanya untuk memberikan beberapa petunjuk mengenai penulisan buku dalam tempoh yang dinyatakan di atas. Bagi penulisan artikel pula telah  diserapkan di dalam antologi Burckhardt yang bertajuk  Mirror of the Intellect: Essays on Traditional Science and Sacred Art, di mana pembaca yang berminat boleh mengesannya dengan mudah.3

Dalam salah satu buku yang paling mahsyur, Sacred Art in East and West,4  Burckhardt menganalisis asas metafizik bentuk seni tradisional tertentu dari segi tamadun hidup dan agama besar seperti Hindu, Kristian, Islam, Buddha, Taoisme. Dalam bab IV, "Asas Kesenian Islam", beliau melihat bahawa "Kesatuan, di mana Islam berpusat, tidak diungkapkan dari segi apa-apa imej", yang menerangkan ciri "abstrak"  seni Islam. Beliau sehabis mungkin berusaha menerangkan salah faham yang kerap yang dibuat apabila ciri-ciri "abstrak"  disamakan dengan "seni abstrak" seperti yang difahami dan dipraktiskan orang Barat moden. "Moden", menurut Burckhardt, "mendapati 'abstrak' mereka adalah daripada tindak balas segera, berubah-ubah, dan bersifat  individu terhadap tindakan balas tidak rasional yang datang dari minda bawah sedar; bagi seniman Muslim seni abstrak dalam kata lain adalah luahan peraturan, ia menjelma secara langsung melalui Kesatuan dalam kepelbagaian ... ". Bertindak balas terhadap salah faham yang meluas itu, Seyyed Hossein Nasr juga telah menulis tentangnya dalam Kata Pengantar untuk buku ini: "Orang-orang yang tertarik dengan seni Islam mengatakannya sebagai "abstrak" adalah satu tanggapan yang tidak tepat tentangnya. Mereka berpendapat bahawa seni Islam adalah abstrak dalam erti yang sama seperti seni moden Barat, sedangkan kedua-duanya berdiri sendiri antara satu sama lain. Misalnya salah satu bentuk abstrak itu  adalah bangunan pencakar langit berkaca yang terpacak di bandar-bandar yang termoden, dan binaan  yang selainnya adalah Masjid Shāh dan Taj Mahal. "

2 Perkataan “Tradisi”, biasanya ditulis dengan T berhuruf besar, digunakan oleh penulis seperti Burckhardt dan Hossein Nasr-dari aliran pemikiran apa yang disebut sebagai “perenialis” atau “tradisionalis”  untuk menetapkan tanda-tanda, simbol dan pengajaran berdasarkan sejarah yang diturunkan daripada Syurga sebagai panduan untuk membimbing manusa kembali kepada Pencipta mereka. Ia adalah hasil daripada penyinaran theophanic (Arabic tajalli) dari Sifat dan Kekuasaan Allah, punca segala agama dan membangkitkan perasaan sejagat kepada usaha rohani. Berhubung dengan seni, ia adalah sumber inspirasi, instrumen yang telah ditakdirkan dimana  seniman  bertindak balas kepada rayuan Keindahan Ilahi.


3 Diterjemahkan dan disunting oleh William Stoddart (Cambridge, U.K:. Quinta Essentia, 1987). Bab 21: : “The Role of
Fine Arts in Moslem Education”, 22: “Perennial Values in Islamic Arts”, dan 23: “The Void in Islamic Art” sebuah  "pedagogi" yang mendalam  penulis. Bibliografi lengkap Titus Burckhardt juga dipersembahkan sebagai lampiran dalam The Essential Titus Burckhardt: Reflections on Sacred Art, Faiths, and Civilizations disunting  oleh William
Stoddart (Bloomington, IN: World Wisdom, 2003).
4 Diterbitkan asalnya dalam bahasa Perancis di bawah tajuk Principes et Méthodes de l'Art sacré (Lyon: Paul Derain, 1958), ia telah diterjemahkan oleh Lord Northbourne dan diterbitkan sebagai Sacred Art in East and West  (London: Perennial Books, 1976, edisi kedua  Louisville, KY: Fons Vitae / Bloomington, IN: World Wisdom, 2001). Lihat bab IV, "Asas Kesenian Islam".

Dua buku khusus yang didedikasikan sepenuhnya kepada tamadun dan seni Islam juga telah dihasilkan pada jangka masa sepuluh tahun dalam tempoh yang sama. Kedua-dua menggambarkan penguasaan Burckhardt menerangkan bagaimana Islam, apabila ia telah difahami dengan betul dan digunakan sebagai Undang-undang umum (syariat) dan sebagai satu cara untuk peningkatan diri (tarekat) bagi setiap orang yang beriman, telah menjadi insentif yang kuat untuk membina dan mengekalkan selama berabad-abad persekitaran yang harmoni dan cara hidup dalam
bandar (Fez) dan dalam sebuah negara keseluruhannya (Moor Sepanyol atau al-Andalus). Dalam Fez: City of Islam, 5 Burckhardt menggunakan cenderamata dan bahan bergambar yang dimilikinya di awal tiga puluhan, bersama-sama dengan dokumentasi dikumpul semasa melakukan beberapa kembaraan  di Maghribi selepas kemerdekaan negara itu (1956), untuk membuat gambaran yang luar biasa bandar yang mewakili model urbanisme manusia. Bagi buku Moorish Culture in Spain,ia dihidupkan seperti biasa yang beliau lakukan sebelum ini dengan bantuan dokumentasi visual dan latar belakang saintifik yang teliti, lapan abad penguasaan Arab di selatan Sepanyol satu tempoh cara fikir yang serius , saintifik, dan pertukaran agama antara Islam, Yahudi, dan Kristian.


Untuk memahami semangat yang telah merangsang Burckhardt untuk mencurahkan sepanjang hayat kehiduapnya dan mengambil berat penyebaran pengetahuan mengenai warisan seni Islam, cukup hanya membaca dengan teliti Prakata ringkas tetapi penuh bermakna beliau dalam buku ini, di mana beliau menerangkan bagaimana kajian seni Islam iaitu seni yang isinya adalah Kecantikan, berpaksikan ketuhanan- "boleh membawa ... kepada pemahaman yang lebih atau kurang mendalam terhadap kerohanian yang  sebenar berakarkan daripada kosmik dan dunia manusia keseluruhannya ". Ini yang  sebenarnya pengetahuan yang mendalam yang diperolehi oleh Burckhardt, bukan sahaja melalui pemerhatian bentuk seni tertentu dari "makna" agama Islam atau lain-lain, tetapi dengan hubungan yang berterusan dengan ajaran al-Quran dan tulisan-tulisan para ahli Sufi Islam yang hebat dan mulia. Beberapa petikan daripada tanggapan yang dicatatkan oleh Seyyed Hossein Nasr pada tahun 1966 apabila beliau mengembara di Timur Dekat seperti yang dilakukan oleh Burckhardt dan dimana beliau melawat makam ahli Sufi besar iaitu Ibn Arabi di Damsyik, memberi keterangan kepada aura yang terpancar dari Burckhardt apabila dia mendapati dirinya dalam suasana perasaan yang membahagiakan dimana fikiran dalam beliau dibiarkan bebas mengalir di dalam dan di sekeliling-Nya:


Kami memasuki tempat peringatan suci dan selepas mensedekahkan doa kami duduk di  makam ahli metafizik  besar dan wali yang dalam suasana tenang dan mendamaikan.

'Art of Islam - Language and Meaning' : Terjemahan Kata penghantar oleh Seyyed Hossein Nasr

Walaupun banyak  pendokumentasian dan kajian secara deskriptif telah dijalankan oleh sarjana Barat namun seni Islam masih kekal sehingga kini merupakan bidang yang diabaikan jika dibandingkan dengan kajian tentang kedalaman makna batiniah  yang berkaitan dengannya. Sejak citarasa sejarawan seni Barat telah dibentuk oleh beberapa abad dengan seni berpaksikan kepada kemanusiaan dari Renaisan, dan malah sebelum itu daripada seni suci berdasarkan pada ikon dan kemudiannya pada arca, sarjana Barat secara tidak menduga mendapati terdapat juga aliran seni yang hebat daripada India dan Timur Jauh yang dikatakan lebih menarik daripada yang berunsurkan Islam jika dilihat daripada kaca mata bukan daripada tamadun Barat. Sejak beberapa abad lalu perbincangan yang lebih mendalam mengenainya secara beransur-ansur mula muncul pada kesenian India dan Timur Jauh, bilamana mendedahkan simbolisme dan prinsip-prinsip metafizik daripadanya. Aktiviti ini boleh dikatakan telah memuncak dalam tulisan-tulisan A. K. Coomaraswamy, yang mula terserlah dimana sebelum ini dunia berbahasa Inggeris  sukar untuk menerima keluarbiasaan yang terdapat pada  seni tradisional India dan juga adalah berperanan besar dalam menghubungkannya dengan zaman pertengahan Eropah.

Sementara itu, walaupun beberapa karya-karya tertentu inspirasi daripada seni Islam muncul di sana sini, seni Islam terus menjadi bidang yang jarang dibincangkan samasekali terutama dari segi makna simboliknya. Bentukan seni utama seperti kaligrafi dianggap hanya sebagai "hiasan" atau "seni kecil" dan orang hanya melihat bentuk seni tradisi ini sebagai satu yang tidak berharga walhal  di tempat lain dipandang tinggi. Di samping itu, orang-orang yang tertarik dengan seni Islam mengatakannya sebagai "abstrak" adalah satu tanggapan yang tidak tepat terhadapnya. Mereka berpendapat bahawa seni Islam adalah abstrak dalam erti yang sama seperti seni moden Barat, sedangkan kedua-duanya berdiri sendiri antara satu sama lain. Misalnya salah satu bentuk abstrak itu  adalah bangunan pencakar langit berkaca yang terpacak di bandar-bandar yang termoden, dan binaan  yang selainnya adalah Masjid Shah dan Taj Mahal. Satu yang bertujuan untuk lari daripada kehodohan bentuk naturalistik dan keringkasan bentuk seni Eropah abad kesembilan belas yang berpaksi kepada abstraksi matematik yang berasaskan hanya pada rasional manusia. Satu lagi adalah dalam melihat arketip tinggalan spiritual empayar yang direalitikan secara konkrit apa yang dipanggil di dunia ini tidak lain yang ada hanyalah bayang-bayang dan abstrak. Oleh itu, ia bertujuan untuk mengatasi bayangan ini dengan kembali semula  ke  dunia realiti yang benar-benar konkrit dalam dunia ilusi dan abstraksi yang sifatnya melupakan kejadian manusia. Proses yang dinamakan"abstraksi" dalam seni Islam, berbeza sekali dengan seni abstrak moden yang hanya semata-mata berpusatkan pada rasional manusia. Abstraksi dalam seni Islam melihat akal dalam erti kata suatu penglihatan kepada dunia rohani dan mengangkat kebendaan dengan tanpa bersandarkan kepada prinsip-prinsip yang turun dari tahap yang lebih tinggi dari kosmik dan akhirnya Realiti Metakosmik.

Penulisan-penulisan Titus Burckhardt mempunyai pengaruh yang cukup besar dalam membawa  pencerahan awal di dunia moden Barat tentang prinsip-prinsip asas kesenian Islam dan memuncakkan perhatian mereka pada seni Islam seperti apa yang Coomaraswamy lakukan untuk seni India. Burckhardt sendiri telah menyebut di dalam hasil penulisan buku-bukunya sebelum ini yang seni Islam berasal dari perkahwinan kebijaksanaan (hikmah) dan ketukangan (Fann atau Sina'ah). Oleh itu untuk menjelaskan seni ini secara mendalam memerlukan pengetahuan yang mendalam kedua-duanya, apa yang dimiliki oleh Burckhard adalah satu keajaiban. Beliau sudah dikenali sebagai salah sseorang daripada pakar tasawur yang mahir di Barat dan karyanya ‘Pengenalan kepada Doktrin Sufi’ yang juga adalah terjemahan daripada Ibn Arabi dan 'Abd al-Karim al-Jili, telah menjadi telah menjadi suatu yang klasik. Beliau bercakap dari dalam tradisi Sufi dari aspek hikmah dengan mendalam dengan mendalaminya hanya boleh datang dari pengalaman sebenar dan direalisasikan melalui dunia Roh.

Selain itu, Burckhardt sendiri sebenarnya adalah seorang pelukis, namun bukanlah sebagai pelukis modenis. Beliau banyak menghabiskan hidupnya berhubung rapat dengan adiguru-adiguru kesenian di Afrika Utara yang mana beliau juga memainkan peranan penting dalam menyelamatkan kota Fez dan seluruh hidupnya diabadikan dengan artistik-artistik tradisi. Dirinya diperlengkapkan dengan cara yang unik dengan menggabungkan kelayakan yang perlu untuk memperjelaskan kepada dunia Barat bahawa definisi seni Islam bukan sekadar dari makna dan apa yang diperhatikan kepentingan rohaniah.

Di dalam halaman yang berikutnya, pembaca tidak akan dihidangkan dengan dokumentasi lengkap setiap aspek seni Islam, yang sudah tentu mustahil semuanya untuk dimuatkan dalam satu jilid buku. Beliau  akan mendedahkan asas seni ini dan dengan kunci inilah beliau boleh membuka pintu khazanah seni Islam di mana sahaja ianya ditemui. Penulis memperjelaskan seni Islam sebagai penurunan langsung prinsip dan bentuk wahyu Islam dan bukan sebagai pertambahan cerita sejarah yang sengaja digabungkan bersama-sama, sebagaimana kebanyakan ahli sejarah seni mahu kita mempercayainya. Burckhardt bermula dengan Asal Usul dunia bentuk dengan Kaabah dan membawa pembaca melalui aspek-aspek utama seni Islam, hubungan seni ini pada liturgi, polarisasi antara orang nomad dan penduduk tetap seterusnya kepada sintesis utama seni Islam dan seni bina Islam, dan akhirnya ke perbandaran Islam, di mana semua perbezaan aspek seni Islam dapat dilihat dalam hubungan semula jadi mereka dengan irama kehidupan yang  ditentukan oleh Hukum Allah dan diterangi oleh kehadiran cahaya rohani yang terkandung dalam Sufisme.

Dalam karya-karya beliau sebelum ini, terutama Sacred Art in East and West and Moorish Culture in Spain, Burckhardt telah menulis beberapa halaman yang sangat mendalam mengenai seni Islam. Dalam karya terkini ini beliau membawa pengalaman hidupnya secara zahiriah dan batiniah bersama-sama dalaam menghasilkan kerja yang tiada taranya ini, di mana akhirnya seni Islam itu didedahkan dengan rupanya yang sebenar-benarnya, inilah  yang dinamakan sebagai permata duniawi terhadap semangat wahyu Islam serta mencerminkan realiti syurga di bumi, refleksi  perjalanan hayatnya seorang Muslim yang berjalan di atas alam ke arah Maha Pencipta, untuk Realiti yang  Awal dan Akhir melalui seni ini.

Seyyed Hossein Nasr

'Art of Islam - Language and Meaning' : Terjemahan Isi Kandungan


Kata penghantar oleh Seyyed Hossein Nasr                                                                         
Pengenalan oleh Jean-Louis Michon                                                                                     
Pendahuluan                                                                                                                          

Bab I Prolog: Kaabah                                                                                                              
Nota bagi Bab I                                                                                                                        

Bab II Kelahiran Seni Islam                                                                                                   
1     ‘Pendedahan’ Kedua                                                                                                           
2     Kubah Batu                                                                                                                       
3     Kerajaan Umayyah                                                                                                             
4     Mshatta                                                                                                                             
5     Masjid Besar Kerajaan Umayyah di Damascus                                                                    
Nota bagi Bab II                                                                                                                      

Bab III Persoalan Imej                                                                                                            
1     Ikonisme                                                                                                                           
2     Catan Miniatur Parsi                                                                                                         
Nota bagi Bab III                                                                                                                     

Bab IV Rupa Bentuk Seni Islam                                                                                             
1     Seni Arab, Seni Islam                                                                                                        
2     Kaligrafi Arab                                                                                                                    
3     Arabes                                                                                                                               
4    Bulatan dan Kiub                                                                                                               
5     Nur Cahaya                                                                                                                       
Nota bagi Bab IV                                                                                                                     

Bab V Seni dan Peranannya                                                                                                    
1     Sifat dan Peranan Seni Suci                                                                                                            
2     Mihrab                                                                                                                              
3     Mimbar                                                                                                                             
4     Makam                                                                                                                              
5     Seni Pakaian                                                                                                                      
Nota bagi Bab V                                                                                                                       



Bab VI Seni Setempat dan Seni Nomad                                                                                 
1     Dinasti dan Kumpulan Etnik                                                                                             
2     Seni Permaidani                                                                                                                 
3     Seni Persenjataan                                                                                                               
Nota bagi Bab VI                                                                                                                     

Bab VII Sintesis                                                                                                                      
1     Kepelbagaian dalam Kesatuan                                                                                           
2     Masjid Besar Kairouan                                                                                                       
3     Masjib Besar Cordoba                                                                                                        
4     Masjid Ibn Tulun di Kaherah                                                                                            
5     Masjid Kolej Sultan Hasan di Kaherah                                                                               
6     Masjid Kerajaan Uthmaniah                                                                                               
7     Masjid Shah di Isfahan                                                                                                      
8     Taj Mahal                                                                                                                                     


Bab VIII Perbandaran                                                                                                             
1     Perancang Bandar Muslim                                                                                                             
2     Seni dan Tujuannya                                                                                                           


Glosari                                                                                                                                    
Senarai Illustrasi                                                                                                                      
Indek                                                                                                                                       
Penghargaan                                                                                                                            
Nota Biografi                                                                                                                          





Motif Songket Melayu : Pengucapan Falsafah

Oleh:  Prof. Dr. Othman bin Mohd Yatim dan 
Dr. Arba’iyah bte Abd. Aziz

Terjemahan oleh: Faizal Sidik



Kertas Kerja ini telah dibentangkan di dalam International Symposium on Malay Songket dengan tema " Songket-The Regal Heritage of the Malay World (Songket-Warisan Agung Dunia Melayu) di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 6-7 September 2005.



Objektif         
            Kewujudan sebarang objek, kebiasaanya objek apa yang kita sebut kini sebagai artifak hanya setelah ia memenuhi keperluan asas manusia. Masa telah memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi artifak dalam memenuhi keperluan asas itu, artifak ini diperhiaskan dalam memenuhi elemen seni apa yang disebut sebagi keindahan. Keindahan dimanifestasikan melalui pengajaran dan kemudiannya diucapkan melalui emosi. Tujuan utama kertas kerja ini adalah untuk memberi penekanan kepada motif dan kategorinya Kecantikan dalam songket Melayu dan pada masa yang sama menghuraikan maksud tersirat atau kemungkinan maksud-maksud dan mesej disebalik motif itu.

Pengenalan
            Motif adalah elemen dekoratif dalam objek seni, dalam perkara ini termaksuklah songket. Motif direkabentuk daripada corak geometri dan mempunyai susunan dan teknik dan tertentu. Tenunan songket merupakan salah satu kesenian kraftangan Melayu yang diminati bukan sahaja kerana pada kain yang cantik tetapi juga nilai estetika, disamping maksud tersirat didalamnya yang menjadikannya sebagai simbol budaya kepada orang Melayu sejak zaman dahulu kala lagi.

Sungguhpun helaian kain songket mengambarkan maksud dalam cara hidup orang Melayu dimana pemakaiannya  bersesuaian kepada tubuh badan manusia iatu melengkapi gaya hidup kepada pemakainnya. Kesempurnan sesuatu pakaian itu ditentukan dengan melihatnya dari bahagian kepala, badan dan kaki. Bahagian badan pakaian ini dihiasi penuh kaya dan indah dengan motif tenun yang mana disususn calam corak geometrik yang dikenali sebagai Teluk Berantai, corak Johor, corak Tapak Catur, corak Keluang dan corak Bertabur (Grace, 1990)

Menurut Sulaiman Ghani (2005) daya pengamatan penenun songket tradisional biasanya menyimbolkannya sebagai sebuah taman bunga-bungaan. Mereka merenung dan kemudian mengingat dan akhirnya menterjemah apa yang mereka lihat dalam songket sebagai sebuah hasil seni visual. Proses menenun  adalah satu hasil persembahan perasaan dalaman dan menuntut kesabaran seperti mereka melakukan ibadah yang dituntut oleh agama.

Hubungan yang akrab antara masyarakat Melayu tradisi dan hidupan alam semulajadi terutamanya alam flora telah lama wujud. Keharmonian yang wujud ini akhirnya menjelmakan anjakan  dan membina khazanah semiotik dan kosmologi. Menurut Hairuddin Harun (2001), masyarakat Melayu melihat dunia ini penuh dengan simbol makna , gurindam dan syair. Cara pandang hidup mereka tidak sahaja terbatas dalam memanifestasikan alam sebagai material dan hidupan di dalamnya sahaja tetapi menerapkannya di dalam kehidupan seharian masyarakat.

Peribahasa
Keindahan tekstil Melayu banyak diperkatakan dalam kesusasteraan Melayu klasik seperti peribahasa, perumpaan dan tea-teki. Nilai estetik kesusasteraan Melayu juga mengambarkan pengaruh yang kuat dalam cara pandang hidup Melayu. (Braginsky, 1991) Dalam konteks ini, orang Melayu kaya dengan pemikiran dan falsafah, merasakan tanggungjawab perlu dalam terus menyumbang sesuatu yang bermanfaat, dan saling mengingatkan antara satu sama lain tentang kehiduapan ini. Selain mempunyai maksud yang tersembunyi dalam setiap motif, nama-nama motif ini diberikan berkait rapat dengan simbol kehidupan sebagai nasihat bagaimana berbudi pekerti dan memperlihatkan contoh-contoh yang penting.

Umumnya, motif-motif songket adalah saling kait antara satu sama lain dan biasanya motif ini dikenali dengan motif Teluk Berantai. Konsep dan falsafahnya adalah jelas wujud dalam budaya Melayu, cara hidup mereka mempunyai hubungan antara satu sama lain, harmoni dan bersatu dalam semua aspek kehidupan dan nilai yang diterima oleh masyarakat. Apa yang menarik lagi adalah motif dalam tenunan songket Melayu mempunyai nilai falsafah, adat pemikiran, nilai dan norma orang Melayu yang boleh digunakan sebagai refleksi kebudayaan, kayu ukur dan panduan dalam kehidupan terutamanya untuk generasi yang akan datang.

Kraftangan
            Kebanyakan kraftangan ini adalah penciptaan orang Melayu. Kualiti mutu kerja secara berterusan dan melalui penyelidikan terhadap elemen seni sehingga kini telah meletakkan seni dan budaya Melayu ditempat yang tinggi.

            Sebagaimana yang diperkatakan oleh sarjana, masyarakat Melayu kaya dengan budaya dan falsafah sejak dahulu lagi. Perihal ini mempunyai sejarahnya yang panjang. Dalam perkembangan budaya dan peradaban Melayu, gabungan dan penyepaduan kepelbagaian budaya telah membuktikannya untuk tidak dapat dielakkan. Kepelbagaian budaya dengan animisme, diikuti dengan pengaruh Hinduisme dan Buddhisme, kedatangan agama Islam, pengaruh budaya barat dan berterusan hingga abad ke-21. Pengaruh ini telah dipersuaikan dan diperhalusi oleh masyarakat Melayu terutamanya dalam kesenian dan estetika mereka. Apa yang menarik perkara ini telah mengubah dan mempengaruhi orang Melayu dalam pelbagai segi misalnya pandangan hidup, cara hidup, etika dan nilai.

            Dalam konteks pasca-kolonialisme, terdapat usaha untuk menghidupkan elemen penjelmaan, bentuk dan Falsafah Melayu untuk mengukuhkan orang Melayu. (Rahman Bujang, Nor Azlin Hamidon, 2002). Walaubagaimanapun, proses asimilasi budaya dan peresapan telah melahirkan nilai yang lebih positif, membina (konstuktif) dan terkedepan (progressif) dalam ketamadunan Melayu. Tamadun yang hebat dengan keunikan yang tersendiri telah lama menjadi sebahagaian daripada warisan Melayu.

            Menurut Arnold Hauser (1985) seniman biasanya berkarya dalam lingkungan masyarakat beliau berada. Dengan bergantung kepada kreativiti dan pengalaman dimana menjadi asas kepada karya seni yang berkualiti tinggi, seniman akan berusaha untuk mencari idea-idea yang inovatif yang boleh diterima oleh masyarakat. Usaha kolektif ini memberikan keutamaan jika dibandingkan dengan pilihan individu atau koleksi peribadi. Dalam konteks ini, tiada lagi rahsia dalam proses penciptaan seni dan kemahiran ini biasanya terbuka untuk diketahui. Leo Tolstoy menyarankan karya seni lebih bermakna jika aspek emosional boleh disampaikan dan dikongsi dengan orang lain. Di sini kita boleh lihat citarasa yang sederhana dapat dilihat setelah dimasukkan kegembiraan dan pengucapan  yang jujur kepada masyarakat.

            Menurut Sit Zainon Ismail (1986) ciri inovasi seni yang dikenali sebagai ‘Tradisi Agung’ dimana proses penciptaan memerlukan galakan dan dorongan daripada pihak istana (monarki) dan golongan bangsawan (aristokrat). Ketidaksetiaan menentang norma budaya Melayu. Kepatuhan menjadi asas tradisi yang merupakan sebahagian daripada masyarakat Melayu.

            Dalam masyarakat Melayu tradisi, orang kebanyakan yang tinggal di luar istana mengamalkan budaya yang berbeza yang lebih ringkas dan sederhana manakala mereka yang tinggal di istana amalan cara hidup mereka agak rumit. Ini adalah sebabkan perbezaan tingkat sosial, cara hidup, perkembangan pemikiran, norma dan adat-adat. Oleh yang demikian, pembuatan songket memberi kesan dimana dalam konteks orang biasa itu pembuatan songket lebih sederhana dan bagi golongan pemerintah dan bangsawan lebih menekankan nilai estetik daripada penggunaan songket secara kasual. Walaubagaimanapun, seni tenunan songket telah menjadi lebih meitikberatkan persoalan estetik, pengalaman dan masa.

            Disamping menekankan aspek ketepatan, kesempurnaan dan kepuasan, seniman juga menggunakan intuisi dalam pengucapan perasaan terhadap Pencipta. Al-Ghazali yang dikenali sebagi ahli falsaah Muslim, melihat konsep keindahan daripada dua aspek: extrinsik (faktor luaran) dan intrinsik (faktot dalaman). Beliau menganggap kepuasan seni memerlukan deriaan manusia, jiwa dan pemikiran dan beliau mengatakan makanan jiwa adalah kerohanian, makanan pemikiran adalah pengetahuan manakala makanan deriaan manusia adalah seni. (Rahmah Bujang, Nor Azlin Hamidon, 2002). Kebanyakan motif songket menerapkan konsep penyerahan diri kepada yang satu iaitu ‘Allah Maha Besar’ dalam reka bentuknya. Nilai kerohanian ini merupakan aspek yang dominan dalam kesenian Melayu sejak kedatangan Islam ke rantau ini sejak abad ke-15.

            Selain daripada itu, faktor persekitaran juga memainkan sumbangan yang besar dalam perkembangan penghasilan produk dimana akhirnya akan menjadi cermin atau pantulan kepada budaya tempatan. Syed Ahmaf Jamal dalam buku beliau Rupa dan Jiwa (1992) mendefinasikan seni sebagai jambatan antara dunia realiti dan rohani. Menurut beliau bahawa bentukan seni dan nilai-nilai yang ada adalah pantulan kebudayaan masyarakat. Bagi pemahaman yang lebih mendalam seni boleh dimanifestasikan sebagai buah fikiran dan budaya masyarakat di dalamnya yang menjelaskan keseluruhan aspek kehidupan termasuklah cara berfikir, nilai baik buruk, kepercayaan agama, etika sosial dan lain-lain. Pendeknya, seni mempunyai potensi untuk menerangkan sesuatu yang tersirat dibalik sesuatu yang tersurat.

            Oleh itu,  inovator atau pereka baru songket tidak sahaja memberi sumbangan  terhadap kemahiran individu yang dimiliki, tatapi juga mereka juga mempunyai tanggungjawab sosial bergantung terhadap penerimaan sosial dan tempat dalam menekankan betapa pentingnya suruhan agama, Oleh yang demikian, atas kewajaran itulah seni songket seharusnya dipulihara dan diangkat sebagai Warisan Negara sebagai cerminan kepada kekayaan kebudayaan dan peradaban kita.

Motif
Sebagaimana yang diperjelaskan di awal, motif merupakan elemen utama rekabentuk. Motif pada songket Melayu daripada pendapat kami boleh dibahagikan kepada 7 kategori:

1.      Motif flora
2.      Motif fauna
3.      Motik kosmik
4.      Objek harian
5.      Motif kaligrafi
6.      Motif geometrik
7.      Motif Kuih-muih

Sejak dari dahulu lagi orang Melayu hidup  harmoni dengan alam semulajadi, kebanyakan penyelidikan yang telah dijalankan menunjukkan hubungan ini secara objektif dan subjektif. Merujuk kepada elemen yang berada dipersekitarannya, ia memungkinkan kita untuk meneroka maksud dan rahsia kehidupan ini. Menurut Plato pada tahap ini dikenali sebagai mimesis atau menyalin. Beliau mengatakan semakin dekat kita menyalin alam maka semakin dekatlah kita dengan kebenaran. Oleh sebab itu, kewujudan alam semulajadi di dalam dunia dan persekitaranya hendaklah dibuat observasi dengan bersungguh-sungguh.

            Zakaria Ali (1989) menrumuskan lima prinsip estetika Melayu yang wujud dalam kesenian Melayu. Prinsip-prinsip it menerangkan bahawa;

1)      Prinsip Berhalus: Disamping merujuk kepada kerja tangan halus prinsip ini juga merujuk kepada pemilihan bentuk-bentuk dan elemen yang diambil daripada alam sekitar. Penciptaan reka bentuk dipandukan berdasarkan model alam dimana bentuk-bentuk diubah-ubah. Proses ini juga wujud dalam seni Islam. Kadangkala, reka bentuk yang dihasilkan hanya boleh dikenalpasti berdasarkan persamaan nama objek. Misalnya Tampuk Manggis, Siku Keluang dan Teluk Berantai.

2)      Prinsip Berguna: Prinsip ini menekankan aspek penggunaan. Disamping menunjukkan elemen keindahan, prinsip ini menunjukkan perkongsian pemikiran sikap orang Melayu. Sikap ini memantulkan amalan penyemerataan atau egalitarianisme masyarakat Melayu. Tidak mementingkan sikap individu tetapi segala penciptaan adalah untuk semua dan perlu  dinikmati bersama.


3)      Prinsip Bersatu: Prinsip ini menerangkan perhubungan yang bersesuaian antara motif-motif dan elemen yang mana selari dengan komposisi. Ia menunjukkan kesatuan daripada proses awal hingga akhir.

4)      Prinsip Berlawanan: Prinsip ini yang menunjukkan sesuatu objek seharusnya mengandungi elemen yang berlawanan. Kewujudan ketegangan daripada prinsip berlawanan ini akan disusutkan dengan memasukkan motif-motif yang lain dalam memperlihatkan keharmonian.

5)      Prinsip Berlambang: Prinsip berlambang atau simbol ini menekankan kesatuan antara isi dan bentuk. Prinsip ini meampakkan kepentingan pendokumentasian untuk merujuk kepada sejarah, budaya dan tafsiran.

Dalam beberapa halaman yang seterusnya kami akan menerangkan perbezaan motif-motif setiap kategori beserta dengan maknanya. Pertama adalah motif flora. Flora boleh didefinasikan sebagai tumbuh-tumbuhan yang wujud di sesuatu tempat dan waktu. Tunbuh-tumbuhan memainkan peranan penting dalam kelestarian kehiduapan terhadap makhluk hidup yang lain dan dalam memenuhi perkembangan budaya manusia. Oleh yang demikian, sejak dahulu lagi tumbuh-tumbuhan sering digunakan sebagai motif yang  dominan atau sumber utama maklumat dan ilham terutamanya kepada pereka dan tukang buat motif Melayu. Fokus utama motif-motif ini adalah seperti  pucuk-pucuk, bunga-bungaan, kelopak-kelopak, buah-buahan, buah-buah muda dan dahan-dahan (Siti Zainon Ismail, 1986)

Sepertimana yang diterangkan sebelumnya berkenaan dengan tenunan songket, reka bentuk penyusunan adalah secara geometrik. Disamping ditumpukan pada keindahan pada sifat fizikal bunga itu sendiri, bunga juga digunakan sebagai simbol kegembiraan. Masyarakat Melayu juga percaya dengan elemen alam dan kegembiraan dimana alam dan tumbuh-tumbuahan mempunyai logik yang tersendiri sebagai simbol. Motif flora yang biasa terdapat pada songket Melayu adalah motif pucuk buluh atau Pucuk Rebung, Tampuk Manggis, Bunga Cengkih, Bunga Melor, Bunga Cempaka, Bunga Tanjung, Bunga Matahari, Bunga Cina dan lain-lain. Apa yang menariknya motif –motif tradisi ini masih lagi digunakan sehingga ke hari ini (Norwani Nawawi, 2002). Walaubagaimanapun, dalam pembentangan ini kami hanya memokuskan beberapa sampel motif.

Pucuk Rebung atau motif pucuk buluh merupakan hiasan utama yang terdapat pada permukaan songket Melayu terutamanya dibahagian kepala kain. Antara nama motif-motif ini ialah Pucuk Rebung Berjuang, Pucuk Rebung Tunjuk Langit, Pucuk Rebung Kendung, Pucuk Rebung Gigi Bota dan Pucuk Rebung Putu atau Pucuk Rebung Siku Keluang. Ada pepatah Melayu yang mengatakan “jika mahu dilenturkan buluh, biarlah dari rebungnya”. Pengajaran yang boleh dipelajari daripada falsafah ini adalah bagaimana cara untuk mendidik kanak-kanak atau untuk membina sikap, perlu bermula pada peringkat awal kehidupan itu. Jika kanak-kanak ini tidak didik sejak kecil dikhuatiri boleh menjejaskan pertumbuhannya. Oleh itu didikan peringkat awal juga sebahagian daripada konsep kesuburan. Kedudukan Pucuk Rebung Tunjuk Langit yang menunjukkan ke arah atas langit dari segi bahasa menyimbolkan kepercayaan dan cahaya Islam yang berhubungan dengan kalimah Allah Maha Besar.

Motif Tampuk Manggis juga merupakan pilihan utama pereka tenunan songker. Menurut Norwani Nawawi (2002) buah manggis dianggap sebagai ratu bagi buah-buahan. Pengamal perubatan Melayu tradisi seringkali menggunakan pokok manggis yang dikatakan mujarab merawat penyakit. Bak kata pepatah Melayu “hitam-hitam si tampuk manggis, sungguhpun hitam dipandang manis” mengandungi unsur nasihat terutamanya apabila kita menilai seseorang. Kebaikan seseorang itu seharusnya dinilai daripada hati dan bukan sahaja daripada aspek fizikal luaran sahaja. Hal ini menunjukkan pemikiran yang kritis dan analisis mendalam dalam masyarakat Melayu sendiri yang mengamalkannya  dan telah berbudaya sejak dahulu lagi. Menurut Ku Zam Ku Idris (1984) terdapat tiga ciri-ciri keindahan dalam seni Melayu iaitu kehalusan, kesesuaian dan kebijaksanaan. Dalam kata lain, berdasarkan inilah kita boleh mengenalpasti keunikan kesenian Melayu.

Motif Bunga Teratai menyimbolkan salah satu daripada prinsip dalam kehidupan mereka. Bunga-bungaan sering digunakan sebagai simbol alam dan ketuhanan. Peletakan visual bunga membantu dalam memancarkan ketenangan, kehalusan dan perasaan dan emosi yang segar, prinsip hidup dan keyakinan kepada Allah manakala kelopak pula menyimbolkan manusia. Sebagai manusia, kehidupan yang diberikan adalah keyakinan, ketulenan, kekuatan dan aturan sosial. Menurut Syed Ahmad Jamal (1995) konsep keindahan fizikal boleh dilihat dari mata yang memandang namun keindahan dalam dalaman hanya boleh ditanggap dari hati orang yang matang. Dalam kontek motif Bunga Teratai, terdapat kewujudan proses sinkratisme atau asimilasi antara kepercayaan agama dan animisme. Walaubagaimanapun, Islam telah beupaya memberi perubahan yang menyeluruh terutamanya terhadap rasionalisme dan intelektualisme.

Motif buah nenas juga salah satu daripada motif songket. Buah nenas biasanya digunakan untuk dimakan, ramuan makanan dan pencuci mulut. Lebih mendalam lagi, nenas adalah buahan yang membantu dalam menyeimbangkan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi dan membantu dalam proses penghadaman.

Motif haiwan atau fauna sering menjadi pilihan dalam masyarakat Melayu terutamanya sebelum kedatangan dan penerimaan Islam. Tradisi ini berterusan walaupun selepas kedatangan Islam, walaubagaimanapun penggunaan semakin berkurangan. Motif haiwan yang dipilih dalam songket Melayu adalah haiwan yang akrab dengan orang Melayu dan haiwan ini mempunyai ciri-ciri seperti jinak, pelindung manakala ciri-ciri yang tidak baik mestilah dielakkan misalnya sifat bercakap besar atau sombong, cakap sia-sia dan suka berkelahi. Haiwan ini biasanya yang terdapat dalam motif songket adalah seperti ayam betina, ayam jantan, burung merak, rama-rama, lipan, ikan dan kelawar.

Ayam betina mengambarkan ciri-ciri haiwan yang sangat melindungi ahli keluarga. Semenjak penetasan anak-anak ayam lagi ayam betina telah menunjukkan ciri-ciri kasih sayang dan sebagai tempat perlindungan daripada anak-anaknya daripada ancaman. Kesuburan ayam betina terletak pada simbol berapa banyak telur yang ditetas. Berbeza pula ciri-ciri yang ada pada ayam jantan yang sering dianggap haiwan yang mempunyai tabiat tidak baik seperti suka bercakap besar dan sombong mengenai sesuatu pencapaian meskipun pencapaian tu adalah sesuatu yang sia-sia.  Kedua-duanya mempunyai sikap yang berlawanan antara satu sama lain pantulan daripada realiti dan budaya dimana kita hidup.

Burung merak juga banyak dihasilkan oleh penenun. Merak adalah sejenis burung yang cantik terutamanya pada bahagian ekornya. Dalam konteks ini sesuatu keindahan dan penonjolannya tidak sahaja diukur sebagai sesuatu kesombongan dan keangkuhan diatas anugerah yang diterima. Budaya Melayu sering menekankan nilai-nilai misalnya berbudi bahasa dan baik hati dalam menyimbolkan ciri-ciri sifat individu.

Rama-rama boleh dilihat daripada putaran hidup rama-rama itu sendiri. Daripada ulat beluncas yang hodoh rupanya bertukar menjadi kepompong dan berkembang menjadi rama-rama yang cantik. Proses-proses ini menyimbolkan konsep kasih sayang dan keindahan dan kedua-dua konsep akan akan kekal selama-lamanya.

Orang Melayu juga mendapat ilham motif-motif daripada kosmos misalnya bulan, matahari, bulan dan awan dalam membangunkan reka bentuk songket. Hubungan erat antara masyarakat Melayu dan persekitaran telah wujud sejak dahulu lagi dimana pelbagai penemuan dalam ilmu pengetahuan, pengertian dan kepercayaan telah dihasilkan. Masih terdapat banyak lagi rahsia tersembunyi yang masih belum dibuat penyelidikan dan didedahkan. Walaubagaimanapun, bergantung kepada usaha manusia itu sendiri untuk menemui sesuatu yang baik atau tidak. Dalam perbincangan ini, pengetahuan yang mendalam yang dipandu dengan aturan dan kepatuhan yang diperlukan, seperti pergerakan dan putaran alam ini. Bulan, bintang dan matahari menyimbolkan keindahan alam manakala awan melindungi alam disekitarnya. Perkara ini boleh dikaitkan dengan perkembangan Islam yang bermula di suatu tempat dan tersebar dan berkembang di diserata ceruk dunia untuk menyampaikan kebenaran yang sebenar untuk semua.

Menurut Siti Zainon (1986) penenun juga mengambil kehidupan nelayan dalam menghasilkan motif songket. Misalnya, motif Bintang Beralih sebenarnya adalah perletakan bintang dimana digunakan oleh nelayan sebagai panduan untuk mendapat tangkapan yang besar, motif ini juga adalah simbol kepada limpahan rezeki. Bintang yang berkelip-kelip adalah panorama yang indah. Ilham daripada situlah tukang Melayu juga menggunakan panorama ini sebagai panduan dimana dan masa bila sesebuah rumah itu sesuai dibina agar rumah itu akan dilimpahkan keberkatan dikemudian hari.

Terdapat juga penggunaan  motif –motif alam benda atau objek harian yang berdasarkan kegunaan tertentu dan mempunyai ciri-ciri yang menarik. Kewujudan objek dipercayai membawa tuah yang baik, rahmat atau keuntungan atau perlindungan kepada pemakainya misalnya motif keris, mahkota, kipas tangan, tudung saji dan banyak lagi.

Keris adalah objek yang sangat penting dalam masyarakat Melayu tradisional yang digunakan sebagai senjata untuk mempertahankan diri. Selain sebagai simbol lelaki Melayu tangkas dan berani, keris juga adalah objek yang mempunyai elemen magis. Keris sering digunakan dalam upacara ritual tradisi kerana keris dipercayai mempunyai semangat yang tersendiri. Semenjak keris mempunyai pengaruh kuat dan impak yang besar bagi orang Melayu, tidah menghairankan jika proses untuk membuat dan memulihara keris ini dilakukan dengan berwaspada, penuh adab dan secara artistik. R.O. Winstedt mengatakan ‘keris adalah hasil kerja tangan orang Melayu yang paling asli kecantikannya’. Kini keris adalah simbol kuasa, kedaulatan dan kemegahan bangsa Melayu. Oleh itu penenun songket sering menggunakan motif ini untuk melambangkan kekuatan orang Melayu.

Mahkota merupakan objek yang penting dalam masyarakat Melayu terutamanya berkaitan dengan pemerintahan monarki samada Raja dan Ratu. Mahkota merupakan sebahagian daripada perhiasan diraja dimana diletakkan di atas kepala ratu. Mahkota yang baik dihasilkan daripada emas dan batu permata. Oleh yang demikian motif mahkota dalam tenunan songket menyimbolkan sanjungan, kehormatan dan kasih sayang. Dipercayai penggunaan motif mahkota ini mula digunakan dalam tenunan songket setelah peristiwa bersejarah keluarga diraja British melawat negara ini.

Motif kaligrafi adalah salah satu daripada usaha kreatif untuk memindahkan idea daripada dunia bentuk alam kepada bentuk tulisan khat atau kaligrafi Islam. Dalam konteks khat, Picasso pernah berkata beliau berasa dirinya begitu kecil dan tertinggal di belakang dalam dunia seni apabila beliau menemui seni Muslim iaitu khat. Disamping mempunyai unsur-unsur persuratan dan pengucapan yang tinggi, khat juga mempunyai ciri penyampaian, ajaran agama, cara untuk memudahkan dan ketajaman minda. Khat bermula dengan gaya kufi dan selainnya adalah pembaharuan-pembaharuan atau inovasi yang dilakukan antaranya Thuluth, Farisi, Nasikh, Raihani, Juli-Diwani, Maghribi dan Taliq. Elemen keindahan dan estetik telah menarik kaligrafi ke dalam seni tenunan songket yang boleh dilihat sebagai mempunyai citrasa berunsur Islam. Setiap konsep boleh dihayati dari segi fizikal seperti perletakan, bentuk, aturan dan juga kedalaman mesej pengetahuan, falsafah, dan merujuk kepada Allah Yang Maha Agung dan Besar.

Manusia sering disarankan untuk bersahabat dengan alam, samada di darat atau di lautam. Motif yang dihiaskan di dalam tenunan songket adalah salah satu cara manifestasi cara cinta secara simbolik yang boleh lihat seperti yang digambarkan pada motif-motif gunungan dan ombak. Dalam konteks kesenian Melayu, konsep ‘gunung’ boleh dilihat pada tepak sireh, gubahan dan susunan sireh, nasi ambang, sireh junjung dan pulut kuning. Al-Ghazalie juga memberi penekanan kepada simbol ‘gunung’ sebagai tempat Tuhan menyampaikan Pengetahuan-Nya, rahmat dan kasih sayang. Walaubagaimanapun tidak semudah itu untuk mendapat rahmat daripada Tuhan. Seseorang itu perlu menghadapi ujian dan cabaran sebelum menemui rahmat Tuhan. Oleh itu, dalam mencari ketenangan, seseorang itu mestilah terus-menerus mengamalkan suruhan agama. Tuhan tidak akan merahmati hambanya sekiranya hambanya tidak berterima kasih.

Motif ombak laut juga disusun secara halus dan merupakan fenomena alam yang sangat cantik dan menarik. Elemen air seperti ombak laut mempunyai makna yang tersendiri, jika dibandingkan dengan elemen yang lain seperti tanah, api dan udara. Ombak menghasilkan buih-buih pada permukaan air simbol kepada kita betapa kecilnya manusia seperti buih-buih di lautan jika dibandingkan dengan Pencipta. Oleh yang demikian, sebahagian manusia, kita seharusnya bersyukur dan berterima kasih kepada Allah di atas setiap anugerah yang dikurniakan oleh-Nya.

Masyarakat Melayu mempunyai  makanan-makanan yang menarik dan keunikan  kerekter yang tersendiri. Selain kaya dengan dengan makanan tradisi, kuih-muih tradisi Melayu adalah tarikan utamanya. Kebanyakan kuih-muih Melayu tidak sahaja unik dan klasik malah terkenal dengan kelazatan dan keenakkan citarasanya. Perkara ini bukan sahaja diakui oleh orang Melayu tetapi juga masyarakat luar.

Penenun songket menggunakan motif kuih-muih Melayu kerana populariti kuih itu sejak dahulu lagi. Sesetengah motif diambil daripada kuih ini adalah seperti Tepung Talam dan Potong Wajik. Berdasarkan sejarah kedua-dua kuih ini adalah makanan pilihan bagi golongan diraja. Pada hari ini kedua-dua kuih ini disediakan untuk acara istimewa seperti majlis pertunangan, perkahwinan dan lain-lain. Dalam budaya orang Melayu, mengamalkan cara menyambut tetamu yang datang dengan menghidangkan mereka dengan kuih-muih sebagai simbol mengalu-alukan kedatangan, tanda persahabatan dan hubungan yang akrab antara satu sama lain. Keunikan makanan ini dapat dilihat dengan bagaimana cara kuih ini dipotong.

Kesimpulan

Daripada perbincangan di atas, seni tenuan songket Melayu kaya dengan maksud budaya dan falsafah. Daripada perspektif in, tenunan songket dan penggunaanya membantu dalam menunjukkan kewujudan ketertiban, nilai dan etika yang turun temurun dan dimiliki oleh masyarakat Melayu. Sungguhpun tidak cukup menghayati songket dengan hanya melihat dan merenung keindahan fizikal yang ada padanya. Penyelidikan dan apresiasi pada motif songket seharusnya diteruskan untuk mencari pengertian, falsafah atau mesej yang menjadi simbol adat budaya kepada bangsa Melayu. Oleh yang demikian, harus ditekankan semula bahawa seni tenunan songket wajar dianggap sebagai ‘Seni Warisan Agung’ yang perlu di hormati dan dipelihara.




Bibliografi

Azah Aziz (1990), Selayang Kenangan, AMK Interaksi, Kuala Lumpur

A Malaysian Touch, Textiles for The ‘New Millennium (1999), Perbadanan Kraftangan Malaysia.

Hairuddin Harun (2001), Kosmologi Melayu Dalam Era Teknologi Maklumat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Motif-motif Etnik Malaysia, Perbadanan Kraftangan Malaysia

Maznah Mohamad (1996), The Malay Handbloom Weavers: A Study of the Rise and Decling of Traditinal Manufacture, Institute of Southeast Asian Studies.

Norwani Mohd. Nawawi (2002), Songket Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Panofsky, Erwin (1955), Meaning in the Visual Arts, The University of Chicago Press, United States.

Rahman Bujang dan Nor Azlin Hamidon (2002), Kesenian Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Kuala Lumpur.

Selvanayagam, Grace Impam (1991), Songket Malaysia’s Woven Treasure, Oxford University Press Pte Ltd, Singapore

Siti Zainon Ismail (1986), Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Siti Zainon Ismail (1991), “Makna Seni Tampak-Seni Halus: Pendekatan Sosio-Budya dan Tradisi Kesinambungan dalam Seni Lukis Sezaman”, INTI, Jurnal Perintis Pendidikan Seni lukis dan Senireka, Institut Teknologi Mara, Shah Alam

Songket, Satu Warisan Malaysia (1999), Galeri Petronas, Kuala Lumpur

Syed Ahmad Jamal (1992), Rupa dan Jiwa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.