Selasa, 10 Julai 2012

Nirmala Shanmughalingan: Pernyataan I

Nirmala Shanmughalingan (L.1941)
Statement I/Pernyataan I”
Fotografi, keratan akhbar, dokumen fotostat atas bod, 1973
Koleksi: Balai Seni Lukis Negara (BSLN 1974-020)

Oleh: Faizal Sidik

Karya “Statement I” 1973 adalah merupakan sebuah karya yang juga pernah memenangi Anugerah Utama di dalam pertandingan ‘Manusia dan Alamnya’ dalam tahun yang sama kerana sumbangannya di dalam merubah landskap seni lukis negara pada dekad ini dengan karya bersifat konsep. Nirmala dikatakan telah mengambil masa selama setengah tahun untuk membuat kajian lapangan dengan membuat lawatan ke lokasi dan mengumpul bahan-bahan yang sesuai untuk membina karya ini.

Karya ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian satu di sebelah kiri seperti sebuah papan notis atau papan ‘kenyataan’ yang memaparkan  12 pernyataan-pernyataan yang pernah  di siarkan di dalam akhbar mahupun artikel  dalam pelbagai saiz yang di kumpul dan di bahagian sebelah kanan merupakan gambar fotografi . Di dalam bahagian satu Nirmala menyusun kronologi-kronologi tajuk yang dipaparkan oleh media massa melalui sebuah bingkai antaranya:
1. “Culprit and Victim – Himself”
2.   (Keratan akhbar komen pembaca tentang pencemaran)
3. “A square are of forest twenty-five meters on side will provide all oxygen needed by
     one man”
4. “Tasik Bera an outpost of nature”
5. “Heritage Lost” – “ A small war’s toll”
6.  “Canyon of desolution”
7.  “Smog shrouds Los Angeles: Tokyo fight for breath”
8. “The sad story of our river”
9.  “Total Submersion”
10. “Pollution Peril””
11. “The process of living depends on water
12.  “A man without water loses weight as he dries out.”

Description: C:\Documents and Settings\mfaizal\My Documents\BSLN\Penerbitan\Nirmala Shanmughalingam\nirmala\Nirmala.jpg
Rajah susunan tajuk-tajuk keratan akhbar (kiri) dan fotografi(kanan)

Piyadasa pernah menyebut semasa mengkuratorkan pameran solo Nirmala “Kesemua bahan yang beliau himpunkan adalah datangnya dari kawasan setempat (sekitar kawasan Damansara) yang dipersembahkan seperti bahan-bahan bukti di dalam mahkamah!. Selain itu, sampel bahan buangan dan buangan industri yang diambil daripada kawasan tersebut dibawa masuk ke dalam galeri dan dipamerkan sebagai sebahagian daripada kenyataan beliau.”

Description: http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTXcp4jDZRM92K9239pC2qKdwEhf9c9c9eWPlTA907Fn1WSodk&t=1&usg=__orGTfL9_1TYQqnWU03CU7qWjV3Y=Description: http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTXcp4jDZRM92K9239pC2qKdwEhf9c9c9eWPlTA907Fn1WSodk&t=1&usg=__orGTfL9_1TYQqnWU03CU7qWjV3Y=Di dalam bahagian 2 terdapat 20 buah gambar fotografi daripada kawasan setempat yang dikaji oleh Nirmala. Pengolahan secara photo-journalism telah menjadi bahasa pilihan beliau sebagai satu media sebaran yang dikatakan tepat bagi menyampaikan mesej kepada masyarakat. Bahagian dua karya ini mempunyai cara persembahan yang sama seperti di dalam karya cetakan sutera saring Andy Warhol yang bertajuk “Green Car Crash” 1963 dan  “Atomic Bomb” 1965 iaitu  karya beliau di dalam siri Death and Disaster dari segi permainan komposisi petakan empat segi yang berulang-ulang.

Karya “Green Car Crash” dalam siri Death and Disaster  iaitu sebuah kemalangan ngeri kereta dianggap oleh pengkritik adalah sebagai karya penting di dalam cerminan kehidupan budaya kontemporari kita pada hari ini. Ia boleh dianggap sebagai gerakan perubahan di dalam dunia seni mentranformasi pemikiran psikoanalisis. Imej daripada sumber yang luar biasa, aneh dan menimbulkan kekacauan pemerhati. Manakala melalui “Atomic Bomb” pula kuasa dan kesan visual daripada letupan bom atom yang merupakan simbol kekuasan senjata baru yang boleh membinasa dan memusnahkan manusia dan kehidupan alam semulajadi daripada letusan nuklear telah menjadi inspirasi kepada Nirmala.  Tema tragedi pencemaran dan kemalangan yang dibawa oleh Warhol dipinjam oleh Nirmala dalam karya komentar sosial terhadap pencemaran alam sekitar setempat.
Description: C:\Documents and Settings\mfaizal\Desktop\664247269_FJ4vu-XL.jpg
Andy Warhol (1928-1987)
“Green Car Crash”
Sutera saring atas kanvas
500 cm x 578 cm, 1963


Description: http://www.abbeville.com/images-catalog/full-size/089659887x.interior01.jpg 
Andy Warhol (1928-1987)
 “Atomic Bomb”
Sutera saring atas kanvas
497 cm x 648 cm, 1965
Koleksi: Saatchi Collection, London.

Kekuatan karya Nirmala selain pengolahan bahantara yang sesuai dan menarik adalah dari pernyataan artis itu sendiri atau artist statement yang sarat dengan rasa ketidakpuashatian terhadap pencemaran yang berlaku. Kenyataan beliau ini mengajak kita melalui pengalaman itu kemudian melihat apa yang terjadi, merenung semula keadaan disitu pada masa lalu, pada masa kini dan akan datang dan seterusnya reaksi terhadap situasi ini. Di akhir kenyataan itu Nirmala memberi saranan kita apakah tujuan kenyataan beliau ini dan membangkitkan persoalan-persoalan yang lebih besar iaitu mengenai dasar Pembangunan Negara:

Karya ini dilihat seperti sebuah kajian geografi tempatan dari sudut sosiologi dan ekologi sesuatu penempatan. Nirmala memilih kawasan Damansara hanyalah sebagai contoh kecil terhadap apa yang berlaku diseluruh negara kita. Penggunaan keratan akhbar , dokumen, salinan fotostat, fotografi sebagai dokumentasi dan catatan  pencemaran yang di pamerkan seolah-olah Nirmala merupakan seorang ahli saintis alam sekitar yang merekod jumpaan-jumpaan beliau dalam misi kajiannya. Dari sudut lain Nirmala juga dilihat sebagai pejuang hak alam sekitar atau enviromentalis yang berkempen meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kemusnahan yang berlaku akibat daripada pembangunan yang tidak seimbang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan