Jumaat, 6 November 2009

Hipotesis Estetik

Oleh: Clive Bell (1914)

Diterjemahkan oleh: Faizal Sidik (2007)





Adalah menjadi kemustahilan dan bahkan sesuatu yang di luar jangkauan untuk menulis tentang estetik jika dibandingkan dengan perkara yang lain: penulisan buku untuknya adalah tidak banyak ditulis. Ianya terhad, walaubagaimanapun, perkara itu tidaklah menjadi penghalang kepada saya untuk memahaminya kerana saya juga mempunyai sesuatu pendapat untuk memperkatakan tentangnya. Penjelasan akanya mampu dilihat. Ianya juga akan menghuraikan suatu teori estetik yang munasabah itu perlu mempunyai dua sifat – kepekaan artistik dan kearah kejelasan pemikiran. Tanpa kepekaan seseorang itu tidak boleh mengalami pengalaman estetik, dan jelas menunjukkan, teori-teori yang bukan berasaskan pengalaman estetik yang luas dan mendalam adalah tidak bernilai. Hanya sesuatu seni yang benar-benar terdapat sumber emosi berahi boleh dinyatakan mempunyai data daripada teori-teori yang boleh di terima pakai akan ketetapannya; namun untuk membuat ketetapan teori-teori yang boleh diterima pakai ia melibatkan daripada data yang boleh diterima daripada kerja-kerja menilai di dalam otak, dan, tidak dapat disangkal lagi, daya intelek yang tinggi dan sensibiliti yang halus tidak dapat dipisahkan. Ada juga, pemikir-pemikir yang sukar difahami tidak mempunyai pengalaman estetik apa pun. Saya mempunyai seorang kawan yang dikatakan mempunyai fikiran yang sangat tajam, walaupun dia mempunyai satu minat dalam estetika, didalam kehidupannya yang hampir empat puluh tahun tidak mengalami emosi estetik. Oleh yang demikian ia tidak berupaya untuk membezakan antara karya seni dengan hasil kerja tangan, beliau benar-benar telah berpegang teguh menghujahkan hipotesis bahawa hasil kerja tangan adalah hasil seni. Ketidakfahamnya ini adalah jelas dan ia memerlukan pemahaman yang dalam terhadap nilai-nilai terhadap kedua-duanya itu; untuk itu seringkali ada satu pepatah logik yang tidak ada cacat celanya itu boleh menang tetapi ia hanya memberi sedikit sumbangan kerana pada akhirnya ia adalah berdasarkan kepada pendapat yang terkenal dengan kepalsuan. Setiap yang mendung itu, walaubagaimanapun, akan cerah juga akhirnya, dan ketidaksedarannya ini, walau bagaimanapun bukanlah sesuatu tidak disengajakan yang membuatkan rakan saya itu tidak mampu memilih satu asas yang kukuh untuk hujahnya, ketidakpekaanlah yang telah mengaburi pandangannya sambil meninggalkannya dalam keadaan penuh dengan keseronokkan yang dialektik (berhujah tentang seni). Seseorang yang bertolak daripada hipotesis mengatakan Sir Edwin Landseer adalah pelukis yang paling halus yang pernah hidup akan berasa tidak selesa mengenai satu keindahan yang lain untuk menyatakan Giotto adalah pelukis yang paling teruk. Jadi, rakan saya, apabila beliau dengan secara tiba-tiba sahaja tanpa berfikir logik dengan membuat kesimpulan hasil seni itu harus kecil atau bulat ataupun licin, atau untuk menghargai sepenuhnya satu gambaran anda perlu berlagak bijak dahulu atau berputar-putar seolah-olah hebat, tidak boleh mengagak mengapa saya menyuruhnya jika beliau sejak kebelakangan ini telah ke Cambridge, tempat dimana kadangkala beliau singgahi.



Sebaliknya, orang yang memberikan rangsangan dengan segera dan benar-benar terhadap hasil karya seni, dalam penilaian saya, adalah lebih baik jika dibandingkan daripada lelaki yang tinggi inteleknya dalam seni, namun kurang sensibiliti kepekaan, sudah tentu tidak mampu berbicara mengenai rasa estetika. Fikiran mereka masih lagi diragui. Mereka mempunyai data dimana sesuatu sistem itu diasaskan; namun, sebenarnya, mereka hanya mahukan kuasa untuk menunjukkan pendapat mereka daripada data yang betul. Mempunyai estetika emosi yang diterima daripada karya- karya seni, mereka dalam satu kedudukan untuk mencari jalan agar kualiti yang ramai beralih kepada mereka, namun sebenarnya, mereka tidak melakukan apa-apa. Saya tidak salahkan mereka.



Mengapa mereka harus berhenti untuk merasai apabila mereka tidak kuat untuk merasai? Mengapa mereka harus mencari-cari suatu kualiti yang sama dalam semua objek yang menggerakkan mereka dalam cara tertentu apabila mereka boleh melewati banyak kesedapan dan keanehan terhadap setiap orang sebagai mana ia hadir? Jadi, jika sama ada mereka menulis kritikan dan menamakannya estetik, jika mereka membayangkan yang mereka memperkatakan tentang Seni apabila mereka memperkatakan tentang karya-karya seni tertentu ataupun mengenai teknik lukisan, mahupun jika meminati kerja-kerja berkenaan dan mendapatinya serta mengangap sesuatu seni itu membosankan secara umum, mungkin mereka telah membuat pilihan yang benar. Jika mereka tidak mempunyai sifat ingin tahu berkenaan emosi mereka, ataupun mengenai kualiti yang terdapat pada objek yang membangkitkannya, saya amat bersimpati kepada mereka, dan apa yang mereka perkatakan seringkali menarik perhatian dan sesuatu yang berguna, malah mengkagumkan saya. Hanya membiarkan tanpa siapa untuk memperkatakan apa yang ditulis dan apa yang diperkatakan itu adalah estetika; adakah ia adalah kritikan, atau hanya “membeli belah”



Titik bermulanya untuk semua sistem estetik perlu mempunyai pengalaman peribadi terhadap suatu emosi yang aneh (luar biasa). Objek yang membangkitkannya emosi ini kita memanggilnya sebagai karya seni. Semua orang yang sensetif bersetuju bahawa terdapat suatu emosi yang aneh diprovokasi (dibangkitkan) oleh karya-karya seni. Saya tidaklah bermaksud begitu, sudah tentunya, semua hasil kerja itu membangkitkan emosi yang sama. Di sebaliknya, setiap hasil kerja mengeluarkan suatu emosi yang berbeza. Namun semua emosi (perasaan) ini mengambarkan apresiasi yang sama; setakat ini, walau bagaimanapun, pendapat terbaik adalah pada sebelah saya. Yakni terdapat suatu jenis emosi yang khusus yang diprovokasikan oleh hasil-hasil kerja seni visual seperti gambar-gambar, arca-arca, senibina-senibina, pasu-pasu, ukiran, tekstil &c,. &c., tidak dapat dipertikaikan, saya fikir, kepada sesiapa yang berupaya merasainya. Emosi ini adalah dipanggil emosi estetik; dan jika kita dapat menemui beberapa kebiasaan dan keanehan (keganjilan) terhadap objek yang membangkitkanya, kita akan dapat menyelesaikan apakah yang saya katakan menjadi masalah utama kepada estetika. Kita akan dapat menemui kualiti yang penting dalam hasil seni, kualiti yang membezakan karya-karya seni daripada kelas-kelas objek(benda) yang lain.



Untuk sama ada semua hasil kerja seni visual mempunyai kualiti yang biasa, atau apabila kita bercakap tentang “karya-karya seni” kita kehilangan kata-kata untuk memperkatakannya. Semua orang bercakap tentang “seni,” membuatkan suatu klasifikasi mental yang mana ia akan membeza-bezakan kelas “karya-karya seni” daripada semua kelas-kelas yang lain. Apakah justifikasi bagi klasifikasi ini? Apakah kualiti (ciri-ciri) kebiasaan dan keanehan untuk semuanya dianggotai oleh kelas ini? Biar apa pun ia menjadi, tidak syak ia kerap ditemui dalam hubungkaitanya dengan kualiti (sifat-sifat) lain; namun ianya bukannya disengajakan-ianya adalah terkawal. Sepatutnya beberapa sesuatu kualiti tanpa hasil seni yang tidak boleh wujud; mulia yang, dalam ijazah sedikit, tidak menjalankan adalah keseluruhannya tidak bernilai. Apakah itu kualiti? Apakah kualiti itu berkongsi dengan semua objek yang membangkitkan emosi estetik (keindahan) kita. Apakah kualiti itu sama sahaja untuk Sta. Sophia dan tingkap-tingkap di Chartres, seni arca orang Mexico, pinggan mangkuk orang Parsi, permaidani-permaidani orang China, fresco Giotto di Padua, dan karya-karya agung oleh Poussin, Piero della Francesca, dan Cezanne? Hanya satu jawapan yang kelihatan mungkin – bentuk istimewa. Dalam setiap, garisan-garisan dan warna-warna digabungkan dalam satu cara tertentu, bentukan tertentu dan hubungannya dengan bentuk, mengerakkan (membangkitkan) emosi estetik kita. Hubungan-hubungan dan kombinasi-kombinasi garisan dan warna, inilah dari segi estetiknya bentuk yang menyentuh perasaan, saya memanggilnya “Bentuk Bermakna”, dan “Bentuk Bermakna” adalah satu kualiti umum untuk semua kerja seni visual.



Dalam perkara ini ia boleh dibantahi bahawa estetika yang saya bina hanyalah suatu perihal yang subjektif, kerana data keterangan saya cuma merupakan pengalaman-pengalaman peribadi pada sesuatu emosi tertentu. Ia akan dikatakan bahawa objek yang membangkitkan emosi ini berbeza-berbeza pada setiap individu, dan oleh yang demikianlah sistem estetika boleh memiliki tiada objektif kesahihan. Ia mesti dijawap mana-mana sistem estetika itu yang berpura-pura menjadi berdasarkan dengan objektif yang benar adalah agak ketara tidak munasabah kerana ia tidak bernilai untuk diperbincangkan. Kita tidak mempunyai cara lain untuk mengiktiraf hasil seni daripada merasai akannya. Benda-benda yang membangkitkan emosi estetik berbeza untuk setiap individu. Pertimbangan estetik adalah, seperti memperkatakan peribahasa, perkara-perkara rasa; dan mengenai rasa, seperti setiap orang berasa bangga untuk mengakui, tanpa ada pertikaian. Seorang pengkritik yang bagus seharusnya mampu untuk membuatkan saya melihat dalam satu gambaran bahawa ia telah meninggalkan saya hal-hal yang hebat yang saya telah tidak nampak, hingga akhirnya, menerima emosi estetik, saya mengiktiraf ia sebagai satu kerja seni. Kemudian dengan secara berterusan menunjukkan sesuatu keterangan di luar bahagiannya pula, atau samaada kombinasi antara kedua-duanya, yang mana bersatu menghasilkan bentukan penting, ini adalah fungsi kritikan. Namun ia tiada gunanya untuk seseorang pengkritik memberitahu saya bahawa sesuatu itu adalah hasil seni; beliau mesti membuat saya merasainya sendiri. Beliau hanya boleh melakukan hal ini dengan membiarkan saya melihat; beliau mesti menerima kehadiran emosi-emosi saya melalui mata saya. Sekurang-kurangnya pun beliau boleh membuatkan saya melihat sesuatu mengusik perasaan saya, beliau tidak boleh memaksa emosi-emosi saya. Saya tidak mempunyai hak untuk menanggap sesuatu itu hasil seni dimana saya tidak dapat bertindak balas dengan penuh perasaan; dan saya tidak mempunyai hak untuk mencari kualiti (mutu, nilai) penting dalam apa-apa sahaja yang saya tidak mempunyai rasa ia sebagai sesuatu hasil seni. Pengkritik boleh menjejaskan teori-teori estetik saya hanyalah dengan mempengaruhi pengalaman estetik saya. Semua sistem estetik mestilah berasaskan pada pengalaman peribadi – sesuatu yang hendak diperkatakan, mereka perlu ada subjektif (berdasarkan padangan sendiri)



Namun bagaimanapun semua teori estetik mesti berasaskan pada penghakiman estetik, dan akhirnya semua penghakiman estetik perlu ada perkara-perkara cita rasa peribadi, adalah terburu-buru [1] untuk menegaskan bahawa tiada teori estetika boleh memiliki kesahihan umum. Untuk itu , meskipun, A, B, C, D adalah kerja yang menggerakkan saya, dan A, D, E, F kerja-kerja yang menggerakkan anda, maka lebih baik x sahaja kualiti yang boleh dipercayai oleh satu sama lain di antara kita secara umum untuk semua kerja-kerja di senarainya. Kita semua boleh bersetuju tentang estetika[2], dan tetapi berbeza tentang keterangan karya-karya seni. Kita mungkin berbeza dalam perihal kehadiran atau ketiadaan kualiti x . Objek yang segera memperlihatkan saya menunjukkan pada bentukan penting itu adalah kualiti yang banyak dan keanehan pada semua hasil kerja-kerja seni yang menggerakkan visual saya; dan saya akan meminta pengalaman estetik yang tidak selaras dengan tahap saya melihat sama ada ketidak selarasan kualitinya, pada pertimbangannya, ramai untuk kerja yang menggerakkan mereka, dan jika mereka boleh mana-mana kualiti lain dari mana sama boleh mengatakan.



Ia juga memunculkan satu pertanyaan, sungguhpun ia tidak relevan, namun tidak boleh disembunyikan: “Mengapakah kita terlalu sangat digerakkan oleh bentukan-bentukan yang berhubung dengan cara tertentu?” Persoalan ini benar-benar menarik, namun tidak ada kena mengena untuk estetika. Di dalam estetika tulen kita hanya membuat pertimbangan emosi kita dan objeknya; untuk tujuan-tujuan estetika kita tidak mempunyai hak, mahupun mempunyai sebarang keperluan, untuk masuk campur disebalik objek ke dalam fikirannya yang membuatnya. Kemudian, saya akan cuba menjawab soalan; untuk melakukan saya mungkin berupaya untuk membentuk teori saya yang menghubungkan seni terhadap kehidupan. Saya bagaimanapun, tidak akan berkhayal dengan berlegar-legar dengan teori estetik saya. Untuk memperbincangkan tentang estetik, ia perlu bersetuju hanya itu sahaja bentukan-bentukan yang disusun dan digabungkan menurut sesuatu yang tidak dikenali dan misteri aturan-aturannya yang boleh menggerakkan kita dalam cara tertentu, dan ia adalah urusan seorang artis untuk menggabungkan dan menyusunkannya, dari situlah mereka akan menggerakkan kita. Pergerakkan kombinasi dan susunan-susunan inilah yang saya telah panggil sebelumnya, sebagai sesuatu yang penting dalam memudahkan dan sebagai satu penjelasan apa yang dipanggil kemudiannya sebagai, “Bentuk Bermakna”.



Ketiganya saya juga bertemu dengan celahan. “Adakah anda melupai tentang warna?” seseorang bertanya. Sudah tentu tidak; istilah saya “bentuk bermakna” termasuklah kombinasi garis-garis dan warna-warna. Perbezaan antara bentuk dan warna adalah sesuatu yang tidak benar; anda tidak boleh membayangkan bagaimana garisan yang tanpa warna atau membayangkan ruang tanpa warna, mahupun bolehkah anda membayangkan ketiadaan bentuk mempunyai hubungan dengan warna-warna. Dalam lukisan hitam dan putih ruang- ruangnya adalah serba putih dan ia disempadani dengan garisan-garisan hitam; dalam kebanyakan lukisan cat minyak ruang-ruangnya adalah berwarna-warni dan demikian jugalah semapadan-sempadannya; anda tidak boleh bayangkan garis sempadan tanpa apa-apa kandungan, atau kandungan tanpa sempadan garis. Oleh itu, apabila saya memperkatakan mengenai bentuk penting, saya maksudkan garis-garis dan warna-warna (menyatakan hitam dan putih sebagai warna) itulah yang menggerakkan saya dari segi estetik.



Sesetengah orang mungkin akan terkejut mengapa saya tidak memanggilkannya sebagai “cantik”. Sudah tentu, kepada mereka yang mengtakrifkan cantik sebagai “gabungan garis-garis dan warna-warna yang membangkitkan emosi estetik,” saya dengan berbesar hati bersetuju hak menggantikan perkataan mereka itu untuk saya. Tetapi kebanyakan daripada kita, walaupun bagaimanapun tegasnya kita, adalah tepat untuk untuk menggunakan nama julukan “cantik” pada objek yang tidak membangkitkan emosi aneh yang dihasilkan oleh karya-karya seni. Setiap orang, saya merasakan, telah memanggil rama-rama atau sekuntum bunga itu cantik. Adakah sesiapa berasa mempunyai jenis emosi yang sama berkenaan dengan rama-rama atau sekuntum bunga yang beliau merasainya jua pada sebuah gereja atau sesebuah gambar? Sudah tentu, ia bukan apa yang saya panggil sebagai emosi estetik yang mana kebanyakan daripada kita merasa, umumnya, pada keindahan semulajadi. Saya akan menerangkan, kemudian, bahawa sesetengah orang mungkin, kadangkala, melihat pada alam semula jadi terhadap apa yang kita lihat dalam seni, dan merasakannya telah mengalami emosi estetik, namun saya bersetuju dengan itu, kebiasaannya, kebanyakan orang akan merasa semacam emosi yang sangat berbeza terhadap burung-burung, bunga-bunga dan sayap pada rama-rama sebagaimana mereka mereka merasakannya pada gambar-gambar, pasu-pasu, kuil-kuil dan patung-patung. Mengapa kecantikan benda-benda ini tidak membangkitkan perasaan kita sebagaimana apa yang dibangkitkan oleh karya-karya seni yang lain, dan tidak juga suatu keindahan, soalannya. Bagi tujuan yang segera kita terpaksa mencari hanya apakah kualiti yang sama pada objek yang membangkitkan kita mengatakan ia sebagai karya-karya seni. Dalam bahagian terakhir bab ini, saya cuba untuk menjawab soalan itu-“Mengapa kita terlalu memikir-mikirkan untuk dibangkitkan dengan beberapa gabungan garis-garis dan warna-warna” Saya berharap ia akan menawarkan suatu penerangan yang boleh diterima mengapa kita kurang dibangkitkan oleh orang lain.



Sejak kita memanggil kualiti itu tidak membangkitkan karakteristik emosi estetik “Cantik” , ianya akan mengelirukan untuk dipanggil dengan nama yang sama pada kualiti yang ia ada. Untuk membuat “cantik” sebagai objek emosi estetik, kita perlu memperketatkan perkataannya dan dengan definisi yang lain. Setiap orang kadangkala menggunakan “cantik” pada sesuatu rasa yang tidak bersifat estetik; kebanyakan orang juga mempunyai kebiasaan memperkatakannya. Kepada semua orang, mungkin dikecualikan disini dan tetapi disana adalah jarang untuk seorang ahli estetik (budayawan), orang biasa akan merasakan perkataan itu tidak estetik. Secara kasarnya penyalahgunaan, perbincangan kita yang berceloteh tentang “memburu kecantikan” dan “mensasar kecantikan,” saya tidak akan menjelaskannya, ia akan dibuka untuk dinilai oleh jawapan yang tidak akan menganayainya. Disamping itu, ia tidak akan dibahayakan dengan kekeliruan antara sesuatu yang estetik dan yang bukan estetik digunakan; tetapi apabila kita membicarakan tentang wanita yang cantik sahaja. Apabila orang biasa bercakap tentang seorang wanita yang cantik beliau sudah tentu tidak hanya bermaksud yang wanita itu membangkitkannya dari segi estetik; tetapi apabila artis mengatakan ahli sihir tua itu cantik beliau kadangkala bermaksud apa yang beliau maksudkan adalah beliau mengatakan luka-luka dan lebam-lebam pada bahagian badannya cantik. Orang biasa, jika dia juga seorang yang mempunyai cita rasa, akan mengatakan luka-luka dan lebam-lebam pada badan itu cantik, tetapi beliau tidak akan mengatakan ahli sihir yang tua itu cantik kerana, dalam perkara mengenai wanita, ia bukan untuk kualiti estetik yang ahli sihir itu mungkin miliki, namun terdapat kualiti yang lain dimana beliau ditugaskan untuk menamakannya. Sungguhpun begitu, kebanyakan daripada kita tidak akan mengimpikan untuk beremosi estetik (keindahan-keindahn) kepada orang, kepada siapa kita memperkatakannya adalah sesuatu yang sungguh berbeza. Berkenaan “sesuatu” apabila kita mencari ia dalam seorang gadis, barulah tepat untuk memanggilnya sebagai “cantik” . Kita hidup di suatu zaman yang menarik. Dengan lelaki di jalanan yang “cantik” semakin banyak daripada yang tidak sinonim dengan “menghairahkan”; perkataan itu tidak semestinya mempunyai makna yang lebih mendalam dengan mana-mana reaksi estetik apa pun, dan saya tergoda untuk mempercayai yang di dalam minda banyak perkataan perisa seksual yang lebih kuat daripada estetik[3] . Saya telah perasan satu kekonsistenan kepada siapa benda yang paling cantik itu di dunia adalah seorang wanita yang cantik, dan sebelahnya benda yang paling cantik adalah sebuah gambar yang agung. Kekeliruan antara keindahan dan keindahan sensual bukanlah perkara yang terlalu besar seperti yang mungkin diperkatakan . Mungkin terdapat tiada; mugkin juga ia tidak mempunyai suatu emosi estetik untuk mengelirukan dengan emosi lain. Seni yang mereka panggil “cantik” itu secara umumnya berkait rapat untuk wanita. Satu gambaran yang indah adalah gambar foto seorang gadis yang cantik; muzik yang indah, adalah muzik yang membangkitkan emosi-emosi sebagaimana ia dibangkitkan oleh oleh wanita-wanita muda dalam lakonan jenaka yang bermuzik; dan puisi yang indah, puisi itu mengenangkan semula emosi yang sama dirasai, dua puluh tahun terdahulu, tentang anak perempuan rektor. Dengan jelas perkataan “kecantikan” itu digunakan untuk makna yang lebih mendalam daripada apa yang di perkatakan pada objek-objek yang agak mudah dibezakan emosi-emosi, dan itulah sebabnya untuk tidak menggunakan istilah yang akan meletakkan saya tidak dapat terelak dalam kekeliruan dan kesalahfahaman dengan pembaca-pembaca saya.



Melihat kepada sebaliknya, kepada sesiapa yang membicarakan ia lebih tepat untuk dipanggil kombinasi-kombinasi dan susunan-susunan bentuk yang membangkitkan emosi-emosi estetik kita, bukanlah “bentuk penting,” tetapi “hubungan-hubungan bentuk yang penting,” lalu cuba untuk menghasilkan yang terbaik pada dunia kedua-duanya, estetik dan meta fizikal, dengan memanggil hubungan-hubungan ini sebagai “rentak,” saya tidak mempertikaikan apa pun. Untuk membuatkan ia jelas bahawa “bentuk bermakna” yang saya maksudkan adalah susunan-susunan dan kombinasi-kombinasi yang membangkitkan kita dalam cara tertentu, saya dengan terbuka akan berjabat tangan dengan mereka yang suka memberikan nama yang lain pada perihal yang sama.



Hipotesis bentuk bermakna itu adalah kualiti yang perlu dalam hasil seni untuk sekurang-kurangnya sebagai satu merit (sumbangan perbaikan) untuk menolak kenyataan yang lebih terkenal dan lebih menarik perhatian- ia berguna dalam menolong menjelaskan sesuatu. Kita semua dibiasakan dengan gambar-gambar yang menarik perhatian kita dan merangsang kekaguman kita, namun tidak membangkitkan kita seperti karya-karya seni. Untuk golongan yang memilikinya saya memanggilnya “Lukisan Diskriptif”-iaitu, lakaran (lukisan cat) bentuk-bentuk yang digunakan bukan sebagai yang berobjektifkan emosi, tetapi kerana cara untuk cadangan emosi atau menyampaikan maklumat. Potret-potret psikologikal dan nilai bersejarah, kerja-kerja topografikal, gambar-gambar yang memberitahu cerita-cerita dan mencadangkan situasi-situasi, ilustrasi-ilustrasi yang pelbagai rupa, adalah dalam kelas ini. Kita semua mengakui bahawa perbezaan ini adalah jelas, kepada siapa yang tidak mengatakan demikian dan mengatakan lukisan yang lebih baik adalah illustrasi, namun sebagai satu kerja seni tidak bernilai? Sudah tentu banyak gambar diskriptif memilikinya, salah satu kualiti lainnya adalah, mementingkan aspek formal, dan dari kerana itulah ia dianggap karya-karya seni; namun tidak lebih daripada itu. Ia menarik perhatian kita, ia mungkin membangkitkan kita juga dalam seratus cara-cara yang berlainan, namun ia tidak membangkitkan kita dari segi estetik. Berdasarkan hipotesis saya ia bukanlah karya-karya seni. Ia tidak meniggalkan kita sentuhan emosi estetik kerana ia bukanlah merupakan bentukan-bentukannya tetapi hanya idea-idea atau menyarankan maklumat atau menyampaikannya dengan bentuk-bentuk yang mempengaruhi kita.



Beberapa gambar adalah lebih dikenali atau diminati daripada Frith iaitu ’ “Paddington Station”, sudah tentu saya harus menjadi penamat untuk berdendam dengan popularitinya. Terlalu memenatkan selama empat puluh minit telah di gunakan untuk menguraikannya dengan kejadian-kejadian yang mempersonakan dan kepalsuan untuk setiap satu gambaran dahulu dan kemustahilan yang akan datang. Namun walaupun benar ia merupakan karya agung Frith, atau yang mengukir namanya, ia mengandungi ribuan dengan separuh perasaan ingin tahu dan pelbagai keseronokan, ia tidak lebih hanyalah sesuatu yang mana tidak ada sesiapa yang mengalami sebelumnya setengah saat keghairahan estetik-dan walaupun gambar itu mengandungi beberapa kesederhanaan dari segi perletakan warna, dan ia tidak bererti ia dicat dengan teruk. “Paddinton Station” bukanlah hasil seni; ia adalah suatu dokumen yang menarik dan menghiburkan. Dalam garis dan warna ia digunakan untuk menceritakan anekdot, mencadangkan idea-idea, dan menunjukkan kelakuan sosial dan suasana kebiasaan sesuatu zaman: ia tidak digunakan untuk memprovokasikan emosi estetik. Bentuk-bentuk dan hubungan-hubungan pada bentuk-bentuk oleh Frith bukan objek-objek emosi, tetapi bermaksud mencadangan emosi dan menyampaikan idea-idea.



Idea-idea dan dan maklumat disampaikan oleh “Paddington Station” adalah begitu menghiburkan dan begitu baik nilai disampaikan dimana pengambarannya mempunyai banyak nilai dan dikawal dengan begitu baik. Tetapi, dengan kesempurnaan proses-proses fotografi dan juga cinematografi, lukisan-lukisan jenis ini semakin menjadi tidak dihiraukan. Siapa yang ragu-ragu bahawa jurugambar-jurugambar Daily Mirror dengan kerjasama wartawan Daily Mail dapat memberitahu kita jauh lebih baik berkenaan “London setiap hari” daripada mana-mana ahli akademik di Royal Akademy? Untuk memberitahu perlakuan sosial dan cara atau gaya (fesyen) yang kita harus lakukan, pada masa depan, oleh gambar-gambar itu, didorong pula oleh sedikit penerangan kewartawanan, ia lebih baik daripada lukisan diskriptif. Telah ahli-ahli akademik agung bagi Nero, dari perbuatan peniruan yang tidak digemari sungguh menakjubkan pada sesuatu yang antik, dirakamkan dalam fresco dan mozek perlakuan sosial dan fesyen-fesyen pada zaman itu, mereka melakukan, sampah yang bagaimanapun artistik, akan menjadi satu tinggalan lombong emas yang bersejarah. Kalaulah mereka pernah menjadi Frith bahkan juga Alma Tademas! Kecuali fotografi telah melakukan sesuatu yang mustahil dilakukan dalam mana-mana pengubahan seperti sampah moden benda yang tidak boleh dipakai lagi. Oleh itu ia mesti mengaku dirinya gambar-gambar pada tradisi Frith digemburkan secara berlebih-lebihan; mereka hanya membazirkan masa manusia yang mampu yang boleh jadi lebih menguntungkan diambil bekerja dalam kerja-kerja bagi amal kebajikan yang lebih luas. Masih mereka tidak mengakui, yang mana boleh dikatakan termasuk dalam jenis lukisan deskriptif dimana lukisan “The Doctor” adalah contoh yang paling terang-terangan. Sudah tentu “The Doctor” bukan hasil seni. Bentukan di dalamnya bukan digunakan sebagai satu objek emosi, tetapi sebagai satu cara cadangan emosi-emosi. Ini sahaja sudah memadai menjadikannya tidak berharga, ia lebih teruk daripada tidak berharga kerana emosi yang dicadangkannya adalah palsu. Apa yang ia cadangkan bukannya kasihan dan kekaguman kecuali satu perasaan kepuasan hati dalam diri kita yang tidak menaruh belas kasihan dan kemurahan hati. Ia adalah sentimental. Seni adalah melebihi perkara moral, atau, lebih, semua seni mempunyai moral kerana, sambil saya mengharapkan untuk mempamerkannya pada masa ini, karya-karya seni dengan serta merta bermaksud untuk kebaikan. Sekali kita telah diadili satu perkara hasil seni, kita telah diadili ia beretika yang pertama pentingnya dan meletakkannya lebih dekat daripada orang yang bermoral. Tetapi gambar-gambar diskriptif yang bukan karya seni, dan, oleh sebab itulah, ia tidak semestinya bererti baik untuk fikiran, ia adalah objek-objek beretika sesuai untuk perhatian ahli falsafah. Tidak berlaku hasil seni, “ The Doctor” tiada mempunyai nilai etika yang besar yang dimiliki oleh semua objek yang membangkitkan ghairah keindahan; dan dimana keadaan fikiran hanya akan memaksudkannya, sebagai illustrasi, kelihatan seperti saya tak ingini.



Hasil kerja-kerja orang-orang lelaki muda berdaya usaha itu, pengamal Futurist Itali, adalah yang ketara contoh-contoh lukisan deskriptif. Seperti ahli akademik di Royal Academy, mereka menggunakan bentuk, tidak untuk memprovokasi keindahan emosi, kecuali untuk menyampaikan maklumat dan idea-idea. Sungguhpun, bercetak teori-teori Futurist sebagai dibuktikan bahawa gambar-gambar mereka seharusnya tidak apa pun dilakukan dengan seni. Teori-teori sosial dan politikal mereka patut dihormati, namun saya ingin mencadangkan kepada pelukis muda Itali yang ia adalah berkemungkinan menjadi satu Futuris dalam pemikiran dan tindakan tetapi kekal sebagai seorang artis, jikalau seseorang itu bernasib baik sahaja akan muncul. Untuk mengaitkan seni dengan politik ianya sering berada dalam kesilapan.Gambar-gambar Futuris adalah deskriptif kerana mereka menuju kepada persembahan garisan dan keadaan warna yang menkucar-kacirkan ingatan untuk beberapa ketika; bentuk-bentuk mereka adalah tidak dirancang untuk menggalakkan keindahan emosi kecuali untuk menyampaikan maklumat. Bentuk-bentuk ini, dengan cara, apa pun mungkin secara semulajadi idea-idea mereka itu terhasil, bahkan mereka sendiri adalah revolusioner[4] . Dalam gambar-gambar Futuris yang saya telah lihat- mungkin saya harus mengecualikan sedikit Severini- lukisannya, bilamana ia menjadi perwakilan sebagai ia sering dilakukan, adalah didapati menjadi halus dan aturan konvensi yang biasanya dibawa masuk kedalam fesyen oleh Besnard kira-kira tiga puluh tahun yang lepas, dan sangat berpengaruh sejak itu oleh pelajar-pelajar Beaux-Art. Untuk menanggap karya-karya seni, gambar-gambar Futuris adalah boleh diabaikan, tetapi mereka tidak untuk diadili seperti karya-karya seni. Gambar Futuris yang baik akan berjaya sebagai sesebuah karya psikologi yang berjaya; ia akan mendedahkan, melalui garis dan warna, kerumitan keadaan fikiran yang menarik. Andai gambar-gambar Futuris dilihat itu gagal, kita mesti mencari penjelasannya, bukan dalam kekurangan sifat-sifat artisitik itu mereka tidak pernah merancang untuk mempunyainya, tetapi lebih daripada apa yang ada pada minda-minda yang mereka maksudakan untuk didedahkan.



Kebanyakan orang yang mana benar-benar mengambil tahu banyak tentang seni mendapati bahawa hasil kerja itu menggerakkan mereka ke arah yang lebih baik daripada apa yang di panggil oleh sarjana-sarjana sebagai “Primitif”. Sudah tentu primitif itu sesuatu yang tidak baik. Umpamanya, saya masih ingat semasa berjalan, dengan penuh minat , untuk melihat satu daripada gereja-gereja zaman Romanesque yang paling awal di Poiters (Notre-Dame-la-Grande), dan mendapatinya mempunyai proposi yang sedang sakit, dihiasi secara berlebihan, kasar, besar dan berat sebagai satu binaan kelasnya yang lebih baik oleh arkitek-arkitek yang tinggi peradabannya yang diperkembangkan seribu tahun terdahulu atau lapan ratus kemudian. Namun perdebatan terhadapnya jarang-jarang berlaku. Hasilnya kekuatan pada seni primitif dianggap baik- dan di sini lagi hipotesis saya adalah membantu-untuk, kekuatan, ia adalah juga bebas dari sifat-sifat deskriptif. Dalam seni primitif anda tidak akan menemui representasi tepat; anda hanya akan menemui bentuk penting. Sehingga kini tiada seni lain yang menggerakkan kita supaya secara mendalam. Jika kita menimbang ukiran Sumerian atau pra-dinasti, Seni Mesir, atau Yunaini purba, atau karya-karya agung Wei dan T’ang, [1] atau hasil kerja-kerja orang Jepun yang terdahulu dimana saya bernasib baik dapat melihat contoh-contoh hebat (terutamanya dua Bodhisattvas yang diperbuat daripada kayu) di Shepherd Bush Exhibition dalam 1910, atau jika, rumah lebih dekat yang akan datang, kita menimbang seni Byzantin primitif abad keenam dan primitifnya pembangunan-pembangunan di kalangan tidak bertamadun Barat, atau berubah lebih jauh, kita menimbang seni yang misteri dan hebat itu bahawa berkembang maju di Amerika Tengah dan Amerika Selatan sebelum kedatangan orang putih, dalam setiap kes kita perhatikan tiga ciri biasa-ketiadaan representasi, ketiadaan teknikalnya yang menunjuk-menunjuk, bentuk menarik yang menghairankan. Ataupun sukar untuk menemui hubungan antara ketiga-tiga ini. Kepentingan formal menghilangkan dengan sendirinya keasyikan dan kelekaan representasi sebenarnya dan menunjuk-nunjuk kepandaian. [2]



Umumnya, ia dikatakan begitu jika terdapat sedikit representasi dan kurangnya saltimbancery dalam seni primitif, ini adalah kerana orang primitif tidak mampu menangkap satu keserupaan atau pendek kedudukan inteleknya. Hujah ini tidak boleh dinafikan. Terdapat kebenarannya, untuk dipertikaikan, walaupun, saya adalah seorang pengkritik yang reputasi bergantung kepada satu kekuatan untuk menarik hati orang ramai dengan suatu pengetahuan untuk diperlihatkan, saya seharusnya lebih berhati-hati dalam memperkatakannya daripada apa yang orang umum. Untuk mengandaikan yang Byzantin telah menguasai kemahiran, atau tidak boleh mencipta satu illusi yang mereka berharap untuk berbuat demikian, kelihatan untuk menyifatkan tidak tahu mereka yang kagum pada ketangkasan realisme bagi hasil kerja terkenal yang teruk pada zaman itu. Seringkali , saya khuatir, gambaran yang salah terhadap primitif mesti dianggap berpunca daripada apa yang dipanggil oleh pengkritik “pengherotan sengaja”. Untuk mengatakannya begitu, seharusnya, yang penting adalah, sama ada daripada mahukan kemahiran atau mahukan kuasa akal yang dapat mempengaruhi fikiran, primitif mahupun mewujudkan illusi, ataupun mempertunjukkan pencapaian yang melampau-lampau, namun menumpukan kekuatan-kekuatan mereka pada satu perkara yang sangat perlu-penciptaan bentuk. Oleh itu mereka telah mencipta karya-karya seni paling halus yang kita ada.



Membiarkan tiada siapa memikirkan bahawa representasi adalah buruk dalam dirinya; sesuatu bentuk yang realistik boleh jadi seperti penting, kena tempatnya sebagai sebahagian reka bentuk, sebagai satu abstrak. Namun jika wakilan bentuk itu mempunyai nilai, ia adalah bentuknya, tidak sebagai representasi. Unsur wakilan dalam hasil seni memungkinkan atau mungkin tidak merugikan, ia sentiasa tidak berkenaan. Untuk menghargai hasil seni kita perlu membawa bersama kita seolah kosong daripada kehidupan, tiada tahu akan idea dan hubungkaitannya, tidak tahu menahu perihal emosinya. Seni membawa kita daripada dunia aktiviti manusia kepada dunia yang menyanjung tinggi estetik. Untuk beberapa seketika kita menghentikan kepentingan manusia, pengharapan dan ingatan-ingatan kita ditarik perhatian; kita diangkat ke tempat yang tinggi dalam arus kehidupan. Ahli matematik yang sebenar dalam kajian-kajiannya megetahui keadaan apakah yang tercerna di dalam fikiran yang saya ambil itu adalah sama dengan mereka, jika tidak sama. Beliau rasa satu emosi untuk spekulasi-spekulasi yang muncul daripadanya itu tidak tidak diterima hubungan antara mereka dan kehidupan manusia, kecuali yang timbul, tidak berperikemanusiaan atau kehebatan manusia, daripada lahirnya sains yang abstrak. Saya terfikir, kadangkala, adakah pengaprisiator seni dan penyelesai masalah matematik tidak lebih hanyalah menghampiri kepada allied. Sebelum kita berasa satu keindahan emosi untuk kombinasi bentuk-bentuk, bolehkah kita tidak melihat secara intelektual kebenaran dan keperluan gabungan itu? Jika kita merasainya, ia akan menerangkan hakikat yang dilaluinya dengan pantas kepada ruang yang kita iktiraf satu gambaran yang baik, walaupun kita tidak boleh katakan ianya telah diprovokasi banyak emosi. Kita dilihat membuat pengiktirafan secara intelektual terhadap kebenaran bentuk-bentuknya tanpa benar-benar menetapkan perhatian kita, dan mengambil, kepentingan emosional padanya. Jika hal ini berlaku, ia akan membenarkan penyiasatan samaada bentuk-bentuk itu adalah daripada mereka sendiri atau persepsi kita terhadap kebenaran dan keperluan yang menyebabkan keindahan emosi. Namun saya tidak fikir untuk memanjangkan dalam membincangkan perkara ini di sini. Saya lebih berminat bertanya mengapa sesetengah kombinasi bentuk-bentuk itu menggerakkan kita; saya seharusnya tidak melencong terhadap apa yang telah saya persoalkan, iaitu, mengapa sesetengah kombinasi-kombinasi itu dianggap betul dan perlu, dan mengapa persepsi kita tentang kebenaran dan kepastian itu bergerak. Apa yang ingin saya katakan di sini adalah; ahli falsafah yang asyik, dan beliau yang memikirkan (merenung) hasil seni, mendiami sebuah dunia dengan satu maksud yang mendalam dan sesuatu yang aneh bagi dirinya sendiri, yang mana pengertiannya itu (perenungan) tidak mempunyai hubungan dengan kepentingan terhadap kehidupan semasa. Di dunia ini (perenungan) emosi kehidupan semasa tidak mempunyai tempat. Ia ialah sebuah dunia dengan emosi dirinya sendiri.



Untuk menghargai hasil seni kita perlu membawa bersama kita tidak ada melainkan satu kesedaran rasa pada bentuk dan warna dan pengetahuan tentang ruang tiga dimensi. Sedikit pengetahuan tentang itu, saya akui, adalah penting untuk menghargai banyak karya-karya besar, sejak kebanyakan bentuk-bentuk ini bergerak sering dicipta di dalam tiga dimensi. Untuk melihat sebuah kubus atau satu rombus sebagai sifat yang membosankan adalah dengan merendahkan kepentingannya, dan suatu sensibiliti ruang tiga dimensi adalah penting untuk menghargai sepenuhnya kebanyakan bentuk senibina. Gambaran-gambaran di mana yang tidak penting jika kita melihatnya sebagai corak yang tidak menarik telah dipindahkan kerana, sebenarnya, kita melihat ianya mempunyai kaitan dengan satah-satah. Sekiranya representasi ruang tiga dimensi itu dipanggil “representasi” kemudiannya saya bersetuju dimana terdapat satu jenis representasi yang tidak berhubungan. Saya juga bersetuju bahawa dengan kita merasakan garisan dan warna, kita mesti membawa sama bersama pengetahuan kita tentang ruang jika kita mahu berhadapan dengan apa sahaja bentuk. Walaubagaimanapun, terdapat juga rekaan-rekaan yang indah yang aspirisiasi pengetahuannya tidak diperlukan: jadi, walaupun ia tidak relevan untuk mengaprisiasikan sesetengah hasil seni ia bukan satu paling penting untuk menghargai semua. Apa kita harus menyatakan adalah perwakilan ruang tiga dimensi samada tidak kena mengena ataupun penting untuk semua seni, dan bahawa setiap jenis yang lain representasi adalah tidak berhubungan.



Terdapat representatif yang tidak relevan atau elemen diskriptif dalam banyak hasil kerja seni yang hebat yang tidak kurang mengejutkan juga. Mengapa ia tidak mengejutkan saya, akan cuba diterangkannya kemudian. Representasi tidak semestinya menjadi puncanya. Dan bentuk-bentuk yang amat realistik mungkin juga diperlukan. Namun, walaubagimanapun representasi merupakan satu petanda kedaifan dalam seorang artis. Seorang pelukis tidak mampu untuk mewujudkan bentuk-bentuk yang boleh membangkitkan lebih daripada emosi estetik akan cuba untuk berusaha keluar sedikit daripada mengikut emosi-emosi kehidupan. Untuk membangkitkan emosi kehidupan beliau mesti menggunakan representasi. Oleh itu seseorang itu akan melaksanakan lukisannya, dan takut untuk terlepas dengan permukaan pertama yakni bentukan bermakna, akan cuba untuk sampai ke tahap yang keduanya dengan menaikkan satu emosi ketakutan dan kasihan. Namun jika artis itu ada kecenderungan untuk memainkan ke atas emosi semasa kehidupan itu adalah seringkali digerakkan oleh inspirasi, pada penonton kecenderungan mereka untuk mencari, bentuk di sebaliknya, emosi yang hidup adalah satu petanda ketidakpekaan. Ia bermakna emosi estetiknya adalah lemah atau, dalam kata lain, tidak sempurna. Sebelum adanya hasil seni manusia yang merasai sedikit atau tiada perasaan pada bentuk bermakna merasakan diri mereka kehilangan sesuatu. Mereka adalah manusia yang pekak di sesebuah konsert. Mereka mengetahui bahawa mereka berada di dalam sesuatu kehadiran yang besar yang ditunggu-tunggukan, namun mereka kekurangan daya kuasa untuk menghayatinya. Mereka mengetahui bahawa mereka diharuskan bersimpati dengan suatu emosi yang hebat, tetapi ia berlaku pada emosi tertentu sahaja yang ianya boleh manaikkan yang mana mereka boleh berasa hampir kepada emosi itu atau tidak sama sekali. Dan supaya mereka membacanya dalam bentuk yang berfakta dan idea yang mereka berupaya untuk merasai emosinya, dan mempunyai rasa dengan emosi yang mereka boleh berasa-emosi yang biasa dalam kehidupan. Apabila dipersuakan dengan satu gambaran, secara naluri mereka merujuk kembali bentuk-bentuknya kepada dunia yang daripada mereka datang. Mereka memikirkan penciptaan bentuk bagaimana bentuk itu diimitasikan, seolah-olah ia adalah sekeping foto. Seolah-olah keluar daripada arus seni ke dalam sebuah dunia pengalaman estetik yang baru, mereka berpatah semula dari selekoh yang tajam dan menuju ke tempat asal iaitu kepada dunia sesuatu yang menarik perhatian manusia. Bagi mereka, maksudnya hasil seni bergantung kepada apa yang mereka sedar daripada tidur atau pitam; benda yang baru bukan sahaja menambahkan lagi kehidupan mereka, malah juga benda yang lama pun begitu juga. Sesuatu hasil kerja seni visual yang baik membawa seseorang itu berupaya menghargainya untuk mengeluarkan keghairahannya: menggunakan lukisan untuk memaksudkan emosi yang hidup adalah menggunakan sebuah teleskop untuk membaca sesuatu berita. Anda akan perhatikan bahawa orang yang tidak boleh berasa keindahan sebenar emosi mengingati gambaran-gambaran oleh maksud subjeknya; manakala orang yang boleh, seringkali ataupun tidak, tidak mempunyai idea apakah maksud subjek suatu gambaran itu. Mereka tidak memerhatikan unsur wakilan, dan jadi apabila mereka membincangkan gambar-gambar mereka bercakap tentang rupa pada bentuk-bentukan dan hubungan-hubungannya dan perletakan kuantiti warna-warna. Seringkali mereka boleh memberitahu tentang kualiti suatu garisan samaada betul atau tidak seseorang itu adalah artis yang baik. Mereka memberikan perhatian hanya pada garis-garis dan warna-warna, hubungannya dengan kuantiti dan kualiti sifatnya; namun daripada sini mereka berjaya mencapai satu emosi lebih dalam dan jauh lebih mengagumkan daripada mana-mana yang boleh diberi oleh penggambaran fakta dan idea.



Ayat terakhir ini akan menyakinkan ia mendatangkan kesan tertentu apabila dibicarakan- terlalu yakin, membuat sesetengah itu akan berfikir. Mungkin saya mempunyai kemampuan untuk menjustifikasikannya, dan memberi makna untuk menjelaskannya, jika saya memberikan suatu pertimbangan perasaan saya berkenaan dengan muzik. Saya bukan sebenarnya pemuzik. Saya tidak memahami muzik dengan baik. Saya mendapati dapati bentukan muzik terlalu sukar untuk difahamertikan, dan saya pasti bahawa halusannya keharmonian dan iramanya tidak tercapai oleh saya. Bentuk bagi satu gubahan muzik mesti sederhana itupun jika saya memahaminya dengan jujur. Pendapat saya mengenai muzik tidak memuaskan. Namun, kadangkala, di sebuah konsert, walaupun apresiasi muzik saya adalah terhad dan rendah, ia adalah ikhlas. Kadangkala, walaupun saya mempunyai satu pemahaman yang rendah, saya seorang yang berterus terang. Oleh itu , apabila saya berasa girang, jelas kedengaran dan asyik, di permulaan satu konsert contohnya, apabila sesuatu yang boleh saya fahami telah dimainkan, saya perolehi daripada muzik emosi estetik yang mana saya dapat daripada seni visual. Ia adalah kurang dalam, dan keasyikannya adalah lekas lenyap; saya faham muzik juga tidak berdaya untuknya membawa saya jauh ke dalam dunia keghairahan estetik yang sebenar. Namun dekat pada hati saya boleh menghargai muzik sebagai bentukan muzik yang sebenar, sebagai bunyian digabungkan mengikut pada aturan-aturan sesuatu yang misteri asalnya tersembunyi atau tidak dapat difahami, sebagai seni yang sebenar dengan maksudnya yang hebat dan tiada hubungan apa pun memaksudkan kehidupan; dan pada waktu itu saya kehilangan diri saya sendiri di dalam kekaguman keadaan fikiran dimana bentuk visual sebenar mengangkut saya. Bagaimana rendahnya fikiran normal saya di sesebuah konsert. Membosankan atau mengusutkan, saya membiarkan kesilapan oleh kecuaian yang saya bentuk, emosi estetik saya hilang, dan saya mula beredar ke dalam keharmonian, bahawa saya tidak boleh memahami, idea-idea yang hidup. Ketidakmampuan merasai kehalusan emosi seni, saya mula menghayati ke dalam bentuk-bentuk muzik yang menakutkan dan misteri, cinta dan benci, dan meluangkan beberapa ketika, keseronokan yang tiada bandingan, ke dalam dunia perasaan fikiran yang kusut dan tidak bermaya. Pada masa-masa seperti itu, ia melahirkan kasar terhadap representasi onomatopia-bunyian burung, larian kuda-kuda, tangisan anak-anak, atau ketawa seperti hantu-untuk diperkenalkan kepada simfoni, saya harus tidak mengecewakan. Mungkin juga saya harus gembira, mereka akan mampu untuk melakukan perkara-perkara baru untuk berlepas kepada landasan baru perasaan romantik atau fikiran yang berani. Saya cukup faham apa yang telah berlaku. Saya telah menggunakan seni sebagai satu yang memaksudkan emosi yang hidup dan membacanya ke dalam idea-idea kehidupan. Saya telah memotong blok-blok dengan sebilah pisau cukur. Saya telah merebahkan daripada kemuncak yang hebat dengan keindahan sanjungan untuk ke kaki bukit yang hangat dengan kemanusaiaan. Ianya adalah sebuah daerah yang indah. Tiada siapa yang perlu untuk malu bagi menyeronokkan dirinya disana. Tiada siapa cuma yang ada timbul di tingkatan itu boleh merasa walaupun sedikit kehampaan melainkan dalam keadaan yang sungguh menyenangkan. Dan tiada siapa boleh mengambarkannya, kerana ianya amat meriangkan dalam keghairahan dan khayalan yang mempersonakan, yang mana ianya boleh juga membentuk sikap dan menimbulkan keasyikkan kepada mereka ke arah yang lebih tinggi, iaitu puncak tertinggi suatu seni.



Berkenaan muzik kebanyakan orang adalah seperti merelakan untuk tunduk kepadanya termasuklah saya. Jika mereka tidak boleh memahami bentuk muzik dan berjaya mencapai emosi yang sebenar, mereka mengakui yang mereka memahami muzik atau tidak keseluruhannya. Mereka memahaminya agak jelas dimana terdapat satu perbezaan antara perasaan pada pemuzik untuk muzik yang sebenar dan keriangan bagi konsert-mengikut apa yang dihidangkan. Kemudian menikmati emosinya sendiri, sebagai satu hak yang ada pada beliau untuk dilakukan, dan mengenali kerendahan diri mereka. Malangnya, orang yang sungguh dalam pengetahuan terhadapnya menjadi agak sederhana pula keupayaan mereka untuk menghargai seni visual. Semua orang mempunyai kecenderungan untuk mempercayai bahawa mereka tidak tahu mengenai lukisan, walau bagaimanapun, mereka boleh mengetahuinya itu jika mereka mahu mendapatkannya; semua orang bersedia untuk menangis bagi tujuan “penipuan” dan “penyamaran” jika mereka mengatakan bahawa mereka perlu kepadanya. Niat baik orang yang merasakan emosi sebenar estetik ini adalah dikatakan sebagai persoalan bagi mereka yang tidak merasakan apa-apa terhadap perasaan emosi demikian. Ia adalah kelaziman dalam mengambarkan sesuatu elemen, Saya kira, yang
membuat seseorang dalam jalan begitu yakin yang beliau mengetahui satu gambaran yang baik adalah apabila dia melihat sesuatu itu. Bagi yang saya katakan dalam perihal yang berkaitan dengan seni bina, tembikar, tekstil dan lain-lain, ketidaksedaran dan ketidakfahaman adalah lebih bersedia untuk turuti terhadap pendapat-pendapat mereka yang telah terbukti dengan kepekaan yang luar biasa. Ia adalah satu menyedihkan bagi satu mereka yang berpelajaran kerana kepintaran lelaki dan perempuan tidak boleh terdorong untuk mempercayai bahawa satu bakat besar dalam penikmatan estetik setidak tidakpun sebagai luar biasa dalam visual seperti juga dalam muzik seni. Suatu perbandingan daripada pengalaman sendiri terhadap kedua-duanya itu telah membolehkan saya untuk membezakan dengan jelas antara penikmatan yang sebenar dan khayalan. Adakah ia terlalu meminta bahawa orang lain sepatutnya perlu jujur mengenai bagaimana gambaran perasaaan mereka sebagaimana apa yang saya katakan pada muzik? Saya pasti yang mereka itu kebanyakan daripadanya melawat galeri-galeri boleh benar-benar menikmatinya apa yang saya dapat rasakan di konsert. Mereka telah mendapat alami detik kenikmatan yang sebenar; namun detik-detik itu hanyalah sebentar sahaja dan tidak menyakinkan. Kemudian mereka kembali semula ke dunia keinginan-keinginan manusia dan emosi-emosi rasa, tiada syak wasangka, tetapi lebih rendah. Saya tidak berniat untuk mengatakan yang apa mereka dapati dari seni itu adalah tidak baik atau tidak berguna; saya kata bahawa mereka tidak mendapat seni terbaik yang seni boleh memberi. Saya tidak mengatakan bahawa mereka mereka tidak boleh memahami seni; saya lebih berminat untuk mengatakan bahawa mereka tidak boleh memahami keadaan fikiran mereka yang memahami itu adalah terbaik. Saya tidak mengatakan bahawa seni itu tidak memberi apa-apa makna atau sedikit kepada mereka; saya kata mereka terlepasa kepentingan yang penuhnya. Saya tidak mencadangkan untuk beberapa ketika penikmatan mereka pada seni adalah satu yang perlu dimalukan; kebanyakan orang yang menarik dan pintar dengan siapa saya berkenalan menikmati seni visual secara kotor; dan, pada masa yang sama, hampir semua penikmatan oleh penulis-penulis agung adalah kotor. Namun mengandungi apa yang dikatakan sedikit sedikit emosi estetik yang sebenar, sungguhpun bercampur dengan sedikit aprisiasi pada seni itu sendiri, saya pasti, satu daripada perkara yang paling berharga di dunia-begitu berharga, sesungguhnya, apa yang perutarakan kini saya telah menarik minat orang terhadap sesuatu yang menimbulkan kemahuan untuk mempercayai bahawa seni mempunyai kuasa untuk dibuktikan pententeram dunia.



Kini, walaupun gema dan bayangan seni itu memperkayakan kehidupan agar menarik, semangatnya banyak membicarakan sesuatu perkara dengan panjang lebar terhadap sesuatu yang besar. Baginya sesiapa yang mendapatkannya, tetapi secara tidak bersih, dia akan pulang diperkayakan dengan apa yang dibawa. Seperti matahari, ianya memanaskan benih yang baik dala, tanah yang baik dan membibitkan ia untuk membawa keluar buah yang baik. Namun hanya kepada kekasih yang sempurna sahaja pemberian aneh itu akan diberikan-satu pemberian yang tiada bandingan harganya. Seseorang pecinta tidak akan lengkap dengan membawa seni dan mengeluarkan idea-idea dan emosi pada zaman dan tamadun mereka. Pada abad ke-12 orang Eropah mungkin telah benar-benar digerakkan oleh gereja Romanesque dan mendapati penggambaran Tang tidak ada apa-apa. Untuk orang pada zaman yang kemudian, arca ukiran orang Yunaini menandakan pula arca ukiran orang Mexico diaggap tidak penting, hanya orang yang terdahulu sahaja boleh membawa golongan itu bersama idea-idea kepada tujuan emosi-emosi yang diketahui. Namun pecinta yang sebenar, beliau dapat merasakan maksudnya dalam bentuk yang bermakna, yang timbul pada sesuatu kejadian masa dan tempat. Baginya masalah-masalah kaji purba, sejarah dan hagiografi adalah tidak bersangkutpaut dengan perkara yang sedang dibincangkan. Jika bentuk-bentuk pada hasil kerja bermakna itu dari tempat asal adalah tidak ada kena mengena. Sebelum kehebatan Sumerian itu muncul dalam Louvre ia dibawa dan pada amasa yang sama membanjiri emosi pada emosi keghairahan estetik yang sama, lebih empat ribu tahun lepas, Pasangan kekasih telah dibawa. Ia merupakan tanda seni yang agung yang menimbulkannya sebagai sesuatu yang universal dan kekal abadi. [3] Bentuk bermaka tunjang menugasi kuasa untuk membangkitkan emosi estetik kepasa sesiapa yang berupaya merasakknya. Idea-idea manusia telah bergerak dengan cepat dan giat dan mati seperti agas; manusia mengubah institusi-institusi dan peraturan-peraturan sebagaimana mereka menukar kot-kot mereka; kejayaan intelektual pada satu peringkat adalah kebodohan pada peringkat yang lain; hanya seni yang agung sahajalah yang tetap kukuh dan jelas. Seni yang agung menjadi stabil dan jelas kerana perasaan yang dibangkitkan daripadanya itu adalah bebas dari sebarang masa dan tempat, kerana kerajaanya bukan dari dunia ini. Kepada mereka yang ada dan dapat merasakan bentuk bermakna apakah ia begitu penting samaada bentuk-bentuk yang menggerakkan mereka itu adalah dicipta di Paris pada hari kelmarin atau di Babylon lima puluh abad lepas? Bentuk seni adalah tidak terhad; namun semuanya diketuai oleh jalan emosi estetik yang sama untuk menuju dunia yang keghairahan estetik yang sama.


--------------------------------------------------------------------------------

[1] Bell mengatakan orang yang tidak berfikir panjang dalam membuat sesuatu tanggapan

[2] keindahan-keindahan, kerana setiap orang boleh mengalaminya.Seperti seseorang yang melihat karya seni yang indah, namun tidak semestinya mereka masing-masing akan memberi pentafsiran yang sama.

[3] Daripada pengalaman saya mungkin Bell maksudkan perkataan yang sering digunakan kini seperti, sensasi, impak, kontroversi

[4] penyokong fahaman politik yang mahukan perubahan yang menyeluruh dalam sistem pemerintahan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan