Ahad, 8 Oktober 2017

Nota Kurator Kuala Lumpur Biennale 2017



Oleh: Faizal Sidik

Dunia seni kini penuh dengan acara-acara seni yang pelbagai skala samada Biennale, Art Fair, pameran di muzium, pameran di galeri, rumah lelongan ataupun di ruang-ruang awam. Biennale ataupun penganjuran acara yang diadakan secara dwitahunan atau dua tahun sekali ini begitu sinonim dengan acara kesenian dan kebudayaan yang menglibatkan penglibatan secara langsung sesebuah negara, bandaraya, bandar-bandar utama ataupun sesebuah organisasi seni. Venice Biennale, Sao Paolo Biennale, Sydney Biennale, Berlin Biennale, dan Fukoaka Asian Art Biennale misalnya adalah antara penganjuran biennale yang melibatkan nama sesebuah ibu negara atau bandaraya besar utama dunia. Venice Biennale merupakan penganjuran pameran seni kontemporari yang tertua dan terawal sejak 1895. Di rantau Amerika Latin pula Sao Paolo Biennale mewakili suara Amerika Selatan yang pada tahun yang telah memasuki edisi yang ke-31. Beberapa biennale-biennale yang di atas masih muda tindakbalas daripada kehendak dan minat audien seni yang semakin membesar. Kehendak-kehandak ini tidaklah lahir dengan sendirinya malah ia adalah tindak balas bandaraya besar itu dalam menyediakan penganjuran acara seni dan budaya yang berkelas dunia sekaligus meletakkan negara mereka di dalam pemetaan acara seni terbaik untuk dikunjungi. Ia bukan sahaja pengacaraan semata-mata tanpa memikirkan pulangan lain dari sudut ekonomi yang boleh menjana industri pelancongan budaya yang akhirnya meningkatkan pendapatan perkapita negara tersebut.

Dalam bacaan mudah untuk negara ini bagi orang awam adalah jika saya masih ingat semasa saya di alam persekolahan kita pernah menganjurkan sirkit perlumbaan motosikal Grand Prix iaitu nama lama untuk Moto GP kini. Malaysia seingat saya telah diberi lesen oleh pemilik penganjuran di Litar Batu Tiga, Shah Alam dan kemudiannya di Litar Pasir Gudang, Johor Baharu (mungkin satu strategi pemasaran kerana berhampiran dengan negara jiran Singapura). Bermula dari sirkit inilah Malaysia telah diberi laluan untuk mengadakannya beberapa tahun, namun pada masa yang sama negara telah melobi kepada FIA iaitu pengajuran asal perlumbaan kereta Formula One yang membawa kepada pembinaan projek Litar Antarabangsa Sepang, berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA. Malaysia sehingga kini masih mendapat hak penganjuran daripada penganjur untuk menganjurkan edisi ke-19 iaitu yang terakhir pada tahun ini. Melihat kepada acara ini boleh menjana kewangan daripada industri penerbangan dan perhotelan di samping tempat-tempat tarikan pelancongan yang ditawarkan di sekitar Lembah Klang, lima tahun akhir ini negara jiran sebelah juga memohon hak untuk mendapatkan hak penganjuran namun dengan kelainan sedikit yang diadakan disebelah malam.

Apa yang ingat saya sebutkan di sini adalah sebagai sebuah naratif atau kronologi sesebuah penganjuran yang bersifat sirkit atau pusingan. Jika anda menganalisis Moto GP atau Formula One sirkit-sirkit ini akan langsungkan mengikut negara-negara rantau atau benua yang berhampiran dahulu sebelum beralih kepada bandar-bandar yang lebih jauh jaraknya untuk difikirkan dari sudut logistik untuk memudahkan pemindahan dan mengurangkan kos. Selain itu faktor laluan atau route circuit kepada para peminat dalam merancang perjalanan mereka yang lebih tersusun dan tidak melangkau juga perlu diberi perhatian. Dalam penganjuran Biennale juga faktor-faktor tarikan ini perlu dilihat semula dalam membaca psikologi pelawat dalam membuat keputusan. Tidak hairanlah acara biennale kini bukan lagi hanya berdiri sebagai sebuah biennale, ia kini digunakan oleh negara-negara yang menganjurkannya juga sebagai satu platfom untuk mempertontonkan dan meninggikan lagi taraf negara dari aspek kesenian mereka setanding dengan negara-negara yang lebih maju dari mereka di arena antarabangsa. Biennale adalah satu perlaburan jangka panjang yang bukan sahaja mensasarkan kepada audien-audien budaya tetapi menjadikan sesebuah negara penganjur sebagai muzium tanpa sempadan atau a museum without a wall dalam menarik perhatian dunia.

Apabila membicarkan biennale yang menyempenakan namanya berdasarkan bandar atau bandaraya dimana ia berada seperti Sydney Biennale, Berlin Biennale, Liverpool Biennale dan yang lain-lain, sudah tentu ia melibatkan kerajaan tempatan atau majlis bandaraya dimana penganjuran itu dilakukan dalam menghormati autoriti mereka dalam yang empunya tempat atau lokasi biennale itu diadakan. Biennale yang menggunakan nama bandarya ini daripada pengamatan saya beroperasi bukan sahaja atas nama penganjuran biennale seni, malah majlis bandaraya berkenaan  mempunyai serampang dua mata dalam menyediakan infrastruktur-infrastruktur yang lain yang dapat membantu dalam mempermudahkan tempoh jangka masa kelansungan acara  itu diadakan di bandaraya mereka. Penglibatan Datuk Bandar di dalam lembaga tertinggi dalam penganjuran Biennale adalah sesuatu yang perlu diberikan perhatian sebagai pemudah cara kerana ia melibatkan bandaraya itu sekaligus akan memberi impak yang kuat dimata masyarakat dunia seni.

Perihal ini jugalah yang berlaku di dalam sejarah awal penganjuran Venice Biennale dimana Datuk Bandar Venice pada masa itu Ricardo Selvatico memberi komitmen yang cukup besar dalam menarik pengunjung ke bandar itu. Tidak hairanlah kini Venice yang kaya dengan sejarah sejak Zaman Pencerahan atau Renaisan pada abad ke-15 dengan seni lukis, seni bina dan sebagai pusat perdagangan utama di Eropah pada masa itu masih mengekalkan kecermelangannya sebagai bandar kebudayaan yang harus di lawati di Itali selain dari bandarayanya iaitu Rom dan juga Milan. Apabila mengkaji berkenaan Venice Biennale pembaca sering difahamkan dengan penganjuran seni kontemporari antarabangsa yang berskala raksasa sifatnya, anggapan di bukanlah tidak benar tetapi tidak tepat. Walaupun pada awalnya Venice Biennale menumpukan penganjurannya kepada acara seni lukis namun pada hari ini ia meliputi pelbagai disiplin seni yang lain seperti seni bina, seni filem, seni tari, seni muzik, seni teater dan juga persidangan antarabangsa arkib sejarah.

Untuk membaca Venice Biennale itu bolehlah dikatakan begini, La Biennale atau The Venice Biennale merupakan penganjuran dwitahunan acara kesenian yang sungguhpun produk utama mereka adalah Art Biennale (56th International Art Exhibition) atau pameran seni lukis antarabangsa yang dianjurkan pada tahun 2017 misalnya, yang diadakan di lokasi utama iaitu di Giardini, Arsenale  dan pavillion negara merata ceruknya yang  biasanya diadakan pada musim panas iaitu pada Jun hingga  November  boleh dikatakan dalam tempoh enam bulan. Namun pada tahun berikutnya pula iaitu Venice Biennale 2018 akan di isi dengan Architecture Biennale (16th International Architecture Exhibition) juga biasanya pada masa musim panas iaitu pada Jun hingga November disamping pengisian lain pada tahun yang sama dengan 73rd Venice Film Festival, Dance Biennale (11th International Festival of Contemporary Dance), Music Biennale (61st International Festival of Contemporary Music), Theatre Biennale (45th International Theatre Festival) dan ASAC Biennnale (The Historical Archives of Contemporary Arts). Maksudnya disini adalah The Venice Biennale ini beselang setahun diantara pemeran seni lukis antarabangsa dengan penganjuran antarabangsa genre-genre seni yang lain.

Di awal perenggan saya ada menyebut tentang beberapa jenama biennial yang melibatkan nama pusat bandaraya sesebuah negara, namun begitu terdapat juga biennnial yang diadakan di dalam institusi penting negara itu dalam mengadakan pameran yang berskala besar dan bertaraf antarabangsa. Contohnya Whitney Biennial di Whitney Museum of American Art, Fokuoka Asian Art Triennial di Fokuoka Art Museum dan Taipei Biennial di Taipei Fine Art Museum. Whitney Museum yang menumpukan kepada seni lukis Amerika mula mengadakan biennial ini di premis mereka sejak 1932 lagi. Pada Whitney Biennial 2014 misalnya mereka menjemput tiga kurator diluar antaranya dari Museum of Modern Art (MOMA), Institute of Contemporary Art (ICAS) Philadephia dan Art Institute Chicago (AIC). Setiap kurator ini diberi kebebasan mengkuratorkan pameran mereka sendiri mengikut setiap tingkat aras bangunan museum.

Malaysia telah memutuskan untuk mengadakan biennale bandarayanya sendiri iaitu Kuala Lumpur sejurus hasil dari lawatan delegasi Malaysia yang terdiri oleh bekas Ketua Pengarah Balai Seni Negara yang lepas iaitu Encik Haned Masjak dan diri saya sebagai kurator pengiring yang ditaja oleh pihak Matrade untuk  kami melawat edisi 53th Venice Biennale pada 2011 yang bertemakan ├Źllumination' dikuratorkan oleh Bice Curiger. Pada mulanya lawatan awal adalah melihat bagaimana Venice Biennale dianjurkan dengan lebih dekat melalui lawatan ke taman pavillion negara-negara yang terletak di Giardini dan bekas gudang Arsenale. Walaupun terdapat beberapa pelukis Malaysia yang telah mengambil bahagian dalam Venice Biennale sebelum ini tetapi mereka hanya menumpang pada pameran satelit atau menumpang pada pavillion negara lain dan bukan di bawah pavillion Malaysia secara rasmi ini dilihat belum cukup untuk meletakkan Malaysia di peta seni dunia.

Dalam kata lain lawatan ini adalah  untuk membuat penyelidikan bagi penyertaan rasmi Malaysia pada Venice Biennale berikutnya 2013, tetapi hasrat ini belum lagi tercapai kerana belanjawan logistik pameran selama enam bulan yang terlalu mahal. Kapisiti Balai Seni Negara sebagai institusi tunggal seni negara masih belum mampu menampung kos berkenaan disamping perlu mencari rakan pintar lain melalui yayasan atau dana swasta dalam menampung kos bersama.  Dalam perjalanan ke arah itu Malaysia telah memilih untuk menganjurkan Kuala Lumpur Biennale, iaitu biennale pertamnya terlebih dahulu sebagai persediaan untuk acara yang lebih besar seperti Venice. Hasilnya pada tahun 2014 langkah-langkah untuk mengadakannya pameran mega sebagai salah satu kalender penting seni sezaman dirantau Asia Tenggara ini telah dijalankan. Beberapa siri bengkel telah diadakan seperti  sesi penerangan ‘Pulangan Modal Pelaburan' atau Return of Investment (ROI) oleh panel Majlis Tindakan Ekonomi Negara, simposium 'Biennale Art in the City' dari 15 hingga 17 Disember 2015,' bicara seni menerusi 'Biennale Book Club Talk' oleh Alfanso Hug pada 2 Mac 2016, pameran ‘’Retro Biennale’’ 2016 dan lawatan tapak ke lokasi-lokasi pameran setelit di lokasi terpilih.

Perletakan biennale adalah forum, platform atau suara benua yang diwakilinya. Adakah kewujudan biennale di Asia Tenggara ini seperti Kuala Lumpur Biennale, Singapore Biennale, Jakarta Biennale dan Jogjakarta Biennale adalah mewakili suara rantau ini kepada dunia? Sao Paulo Biennale misalnya menghubungkan seni di Amerika Selatan (Brazil terutamanya) kepada Eropah dan Amerika Syarikat. Havana Biennale (Cuba terutamnnya) pula menawarkan asas artistik menghubungkan Amerika Latin dan kepulauan Caribbean iaitu negara-negara berkecuali. Documenta pula dalam menjadikan Kassel sebagai tempat simbolik pengantarabangsaan seni Jerman selepas era Nazi  untuk menentang abstraksi Jerman Barat kepada Sosialis Realisme. Oleh itu Kuala Lumpur, Singapore, Jakarta/Jogjakarta perlu menjadi biennale  versi serantau  pertukaran antara tempatan dan antarabangsa sebagaimana kawasan ini pernah menjadi pusat perdagangan entreport pada masa dahulu. Kini nilai-nilai semangat Asean seperti kerjasama serantau, keutuhan wilayah, kedaulatan, pemupukan keamanan, sikap berkecuali, pertikaian secara damai melalui dialog dan rundingan seperti yang terdapat pada piagam yang perlu sejagatkan. Di sinilah kekuatan identiti biennial atau suara kita dalam menghubungkan Asia Tenggara kepada dunia.

Nilai kebersamaan yang universal melalui tema kesejagatan perihal kemanusiaan inilah yang diangkat semula melalui tema Alami Belas (Beloved) oleh Kuala Lumpur Biennale 2017. Wajah pameran berskala besar seperti biennale dan triennale kini lihat bersifat eksklusif kepada mereka yang berduit dan berharta dan kelihatan elitis dengan imej kapitalisme pembuat modal manakala golongan pekerja yang disuakan dengan seni popular dan dikatakan bersifat hiburan semata-mata. Sesuai dengan konteks biennial medium penerokaan dan mempersoal perihal yang berlaku sekarang, KLB adalah anti pemodenan yang murung jiwanya, ia ingin mengatakan ada sesuatu yang tidak kena pada dunia pada hari ini dan perlunya golongan seniman terlibat sama dalam menyeimbangkan semula keadaan. Alami Belas mengajak manusia menoropong jauh ke dalam diri bermuhasabah mengajak kita kembali menginsani semula hubungan kita dengan alam, manusia dan tuhan.

Mengambil daripada bunga teratai atau lotus sejenis tumbuhan akuatik yang berasal dari Asia yang merupakan simbol kepada kemurnian sebagai simbol tema Alami Belas. Setiap kelopak inilah yang ingin dibelasi, dikasihi, dicintai  semulanya jiwanya melalui belas kepada Alam, Haiwan, Insan, Warisan, Kerohanian dan Belasungkawa. Biennale yang tinggi seninya akan mempamerkan karya yang kurang ikatannya dengan orentasi pasaran dan citarasa yang dipandu oleh kolektor kerana sifatnya  lebih kritikal dan lebih mencabar. Tema-tema kecil inilah yang ingin dicabar oleh kumpulan kurator melalui medium simbolik seperti sinema, reka bentuk dan seni bina dalam kata lain lebih sezaman melalui aturan kuratorial  seperti (sokongan tenaga antarabangsa, pameran dikuratokan artis, pameran satelit dan pameran koloborasi) dan struktur pameran (secara geografinya bersama program sokongan, simposium, penerbitan).

Karya-karya terpilih yang dipamerkan di dalam mana-mana biennale biasanya lebih cepat dicerap audien dan wacananya mempunyai pelbagai tafsiran berdasarkan konteks yang dikupas. Dalam pameran mega yang berskala besar ini karya-karya pelukis luar yang terpilih  diimport jemput masuk ke dalam pameran bersama-sama pelukis tempatan dan bersama koleksi Balai Seni Negara dalam mewujudkan kebersamaan tema dan konteks penceritaan  disamping memperkayakan lagi tatabahasa bahasa visual pelukis tempatan atau koleksi melalui pertukaran budaya visual dalam memperkasakan muzium sebagai tempat pemulihan jiwa atau musabah diri.

Akhirnya, pelantikan sebagai kurator Biennale Kuala Lumpur 2017 atau  kali kedua selepas dipilih kurator pameran mega Singapore Biennale 2013 bersama 27 orang kurator antarabangsa yang lain empat tahun sebelum ini banyak membantu profesionalisme dalam selok-belok pengkuratorial KLB. Sebagai anak sulong dan saiz belajawan yang agak ketat sudah tentu pementasan pertama ini amat berguna sebagai perancangan jangka panjang kepada kita dalam bergerak ke hadapan dalam menjadikan ‘wajah’ Kuala Lumpur sebagai bandaraya global yang lebih dekat ‘rupa’ belasnya kepada alam dan manusia sebagai pelestarian ekosistem.


Selasa, 26 September 2017

Taman Misteri Dalam Ilham Songket



Oleh: Faizal Oda
Impiana (Portfolio), Okt 2017, ms 134 - 139.



1.        Sila berikan profile anda
Nama penuh: Faizal Sidik
Nama samaran  (jika ada):  Tiada
Asal/Lahir: Lorong 1, Kg Medan, Petaling Jaya, Selangor.
Kelulusan: Sarjana Muda Seni Halus, Universiti Teknologi Mara, Seri Manjung, Perak

2.        Berapa lamakah anda berkecimpung dalam lapangan seni lukis negara?

Saya mula memasuki sekolah seni di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UITM sejak tahun 1996 dan bergraduan pada 2000 dan telah berkecimpung lebih 20 tahun di lapangan seni ini.

3.        Apakah medium yang paling sinonim dengan hasil karya anda?

Pada mulanya saya tidak menghadkan medium pemilihan saya dalam karya. Pada awalnya iaitu pada akhir 1990 an saya banyak meneroka penggunaan medium untuk mencari keserasian misalnya dengan menggunakan dakwat, arang, akrilik dan media campuran. Setelah puas meneroka barulah saya mendapati medium yang serasi dengan karya-karya tema songket saya adalah cat licau atau cat kilau (glossy paint) yang saya mula gunakan sejak 2010 an semasa mengadakan pameran solo saya yang kedua bertajuk ‘Sublime Weave’ di Kuala Lumpur Performance Art Centre (KLPAC) pada 2012.

4.        Apakah subjek matter pilihan anda? Mengapa?

Sejak permulaan karier, bahan subjek yang saya gunakan sebagai bahan pengantar idea di dalam lukisan saya yang semuanya dinspirasikan daripada watak-watak di dalam seni persembahan tradisi Melayu kita yang mahsyur iaitu wayang kulit. Namun selepas sepuluh tahun bergelumbang dengannya iaitu sejak 2010 an saya mula melakukan peralihan arah haluan dengan bereksperimentasi dengan kraf tenunan kita iaitu motif songket. Sehingga kini saya terus mengekalkannya kerana saya merasakan banyak lagi yang boleh diterokai oleh seniman kita dengan motif songket kita yang penuh dengan metafora dan falsafah orang kita yang membuatnya dahulu yang boleh saya kembangkan dalam bentuk seni.

5.        Apakah warna pilihan anda bagi setiap kali berkarya? Mengapa?

Jika anda lihat warna biru seperti jewel blue, olympic blue dan neptune begitu dominan dalam kebanyakan karya-karya yang saya hasilkan. Warna biru dalam karya saya adalah simbol kepada sempadan antara langit dan bumi. Biru bagi saya  manifestasi kepada keluasan, kelapangan dan bebas lepas. Biru dalam karya saya juga adalah simbol kepada langit kealaman dunia, cakerawala, atmosfera dan kehidupan alam yang terbentang luas.

6.        Sudah berapa kalikah anda mengadakan pertunjukan solo?

Sehingga kini tiga kali, pameran solo pertama bertajuk ‘Faizal Sidik: Lukisan 1996-2006’ diadakan di MTDC Gallery, Serdang. Pameran solo kedua pula bertajuk ‘Sublime Weaves’ di KLPAC, Kuala Lumpur dan pameran solo terkini iaitu ketiga pula di adakan di Muzium Seni Asia, Kuala Lumpur dengan tajuk ‘Faizal Sidik: Catan Songket’.

7.        Apakah kelainan karya anda dengan yang lain?

Kita mungkin banyak mendengar catan-catan yang telah dihasilkan di negara ini misalnya catan batik yang dihasilkan dengan menggunakan proses teknik batik di atas kanvas. Catan songket atas kanvas yang saya perkenalkan dan bawa ini pula berinspirasi motif-motif flora dan kosmik dalam songket seperti pucuk rebung, bunga matahari, awan larat dan lain-lain dalam bentuk geometrik yang digabungkan dengan cerita-cerita di dalam karya agung klasik Melayu seperti Sulalatus Salatin dan Hikayat Hang Tuah.
           
8.        Berapa lamakah anda perlukan untuk menyiapkan sebuah lukisan?

Bergantung kepada saiz, karya yang bersaiz kecil seperti 3 x 6 kaki jika diberi tumpuan yang sepenuhnya boleh dihasilakan dalam tempoh dua hingga tiga minggu. Manakala karya yang bersaiz gergasi seperti 5 x 18 kaki boleh dihasilkan dalam lima hingga enam minggu.

9.        Apakah pencapaian tertinggi anda yang pernah anda kecapi?

Selain melukis saya juga aktif mengkuratorkan pameran seni, antara anugerah seni lukis yang pernah diraih adalah hadiah saguhati Anugerah Bakat Muda Sezaman pada 2000. Selain itu saya dijemput menjadi kurator pada Singapore Biennale 2013 (26 Okt 2013 – 16 Feb 2014) dan yang terkini pula kurator untuk Kuala Lumpur Biennale 2017 (1 Nov 2017 – 31 Mac 2018).

10.      Apakah projek anda pada masa terdekat ini dan apakah pula cerita yang anda akan bawa di pameran kali ini?

Saya masih terus menghasilkan catan songket dengan tema cerita Puteri Gunung  Ledang namun dengan saiz-saiz catan yang lebih besar dari sebelumnya misalnya  6 x 8 kaki,   6 x 12 kaki, 8 x 12 kaki dan  8 x 18 kaki. Pada masa yang sama saya giat untuk menghasilkan cenderahati-cenderhati untuk produk pameran saya seperti cakera video digital (dvd), t-shirt, bag, jam dinding, cawan, lencana, kasut dan lain-lain.

11.      Apakah perancangan anda untuk berkongsi  karya anda dengan khalayak dimasa depan?

            Saya dalam perancangan mengadakan pameran bergerak ke muzium, balai seni negeri dan galeri seni diseluruh negara. Selepas kejayaan pameran solo ketiga ‘Faizal Sidik: Catan Songket’ yang diadakan di Muzium Seni Asia, Kuala Lumpur ia akan bergerak dipamerkan ke selatan tanahair. InsyaAllah pada hujung tahun ini akan ke Balai Seni Lukis Melaka  dan Galeri Seni Johor pada awal tahun depan. Kemudian pameran ini akan naik ke negeri pantai timur seperti Galeri Pantai Timur di Kuantan, Muzium Negeri Terengganu di Kuala Terengganu dan Balai Seni Lukis Kelantan di Kota Bharu. Pameran ini akan berjalan seterusnya ke negeri sebelah utara seperti Balai Seni Negeri Kedah di Alor Setar dan Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang. Pameran jelajah yang mengambil masa dua hingga tiga tahun untuk bergerak ini akan berakhir di Galeri Al-Biruni, Seri Iskandar Perak. Jadi saya berharap jika ada penaja yang berminat seperti patron perseorangan, butik fesyen dan yayasan seni budaya atau badan korporat untuk bersama-sama saya dalam terus memperjuangkan songket sebagai tekstil warisan kita agar terus gah.
           
12.      Apakah harapan anda terhadap pengkarya muda pada masa kini dan lapangan haluan seni lukis negara itu sendiri?

           Seni lukis pada masa kini telah banyak berubah dan peluang untuk berpameran bagi pengkarya muda lebih terbuka dan meluas jika dibandingkan dengan 30 atau 40 tahun lepas dimana ruang pameran atau galeri seni untuk mereka menunjukkan hasil kerja mereka agak terhad dan hanya berpusat di Kuala Lumpur sahaja, namun kini banyak galeri-galeri seni yang tumbuh seperti galeri swasta, galeri universiti, balai seni negeri dan muzium-muzium seni seperti Balai Seni Negara yang menyediakan ruang dan peluang untuk mereka menonjolkan kreativiti mereka. Seni lukis kini telah menjadi satu fenomena global, jika dahulunya ia hanya aktif berpusat di Eropah dan Amerika namun pada hari ini semakin diminati,  ramai orang yang tertarik samada untuk datang ke galeri atau memiliki hasil seni untuk dijadikan hiasan, aset atau dijadikan komoditi dagang. Haluan untuk menikmati pencapaian dan kejayaan dari aspek penghormatan dan kewangan sentiasa ada dan pasti akan tiba serta terbentang dihadapan.


Rabu, 7 Jun 2017

Catan Songket Faizal Sidik: Ekspresi Kesusasteraan Dalam Kraf - Satu Terjemahan Intralingual, Interlingual dan Intersemiotik

video

Oleh: Rafeáton Md Ali, Nor Hasliza Abdullah dan Sow Siew Leng


PENGENALAN

Laporan ini menerangkan secara keseluruhan tentang tugasan terjemahan teks bercetak dalam bentuk audio dan visual (AV) untuk disiarkan di laman web portal berita, BacalahMalaysia.com (versi bahasa Melayu) dan JustReadOnline.com (versi bahasa Inggeris).  Buku kecil bercetak (biru) yang bertajuk Faizal Sidik Songket Paintings merupakan sebuah makalah maklumat mengenai pameran solo pelukis tanah air yang juga kurator Balai Seni Visual Negara Encik Faizal Sidik yang telah berlangsung di Muzium Seni Asia, Kuala Lumpur mulai 2 Februari hingga 28 Februari 2017. Buku kecil dwibahasa berkenaan, antaranya, mengandungi penyataan karya oleh penulis sendiri dan penyataan ringkas kurator jemputan Puan Idarina Ibrahim mengenai hasil karya Faizal dan pandangan beliau mengenai seni kraf tanah air. Selain itu, buku kecil ini turut memuatkan gambar-gambar lukisan Faizal pada pemeraan berkenaan dan lakaran serta idea asal Faizal dalam proses menterjemahkan maklumat yang terkandung dalam Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu sehingga is menjadi realiti dalam bentuk  karya seni songket di atas kanvas.

Portal berita atas talian BacalahMalaysia.com mula beroperasi pada 15 April 2016 sebagai portal berita terkini dalam arus perdana media sosial baru. Portal ini mempunyai pelbagai segmen seperti politik, ekonomi, dunia, sukan, hiburan dan berita video. Kini, portal BacalahMalaysia.com telah merekodkan 600,000 pelawat dan 13.3 juta hit. Setakat 28 Mei, berita video Catan Songket: Ekspresi Kesusasteraan Dalam Kraf yang turut dimuatkan dalam Facebook rasmi JustReadOnline sejak 11 Mei 2017 telah dilayari lebih 465 penonton dan angka ini sentiasa meningkat setiap hari.

Versi bahasa Inggeris projek terjemahan yang diberi bertajuk Songket Paintings: Expression of Literature in Craft juga telah dimuat naik dalam laman Facebook rasmi JustReadOnline.com. Ia telah merekodkan 930,000 pelawat dan 14.3 juta hit sejak beroperasi setahun lalu. Sehingga 28 Mei, video versi berbahasa Inggeris ini telah ditonton oleh 583 orang.

 

PROSES MENDAPATKAN TUGASAN TERJEMAHAN

Pembekal tugas atau klien kami iaitu Minstra (Media Intelligence Strategy) yang juga pihak pengurusan portal berita tersebut telah berkunjung ke pameran Faizal Sidik Songket Paintings dan berminat untuk menghasilkan laporan berita/rencana audio visual dwibahasa untuk portal www.BacalahMalaysia (versi Bahasa Melayu) dan www.JustReadOnline (versi Bahasa Inggeris).

            Perkenalan dan kerjasama terdahulu antara klien dan ahli kumpulan ini menjadikan proses perbincangan dan mendapatkan tugasan lebih mudah. Persetujuan dicapai menerusi beberapa siri  perbualan telefon antara Pn. Rafe’aton Md Ali dengan Pengarang Digital Berita Portal BacalahMalaysia/JustreadOnline Encik Ahmad Fauzi Mustafa pada awal Mac. Sebut harga (Quotation) dikeluarkan menerusi Syarikat Mokha Communications Sdn Bhd (milik bersama Pn. Nor Hasliza Abdullah) pada 25 Mac 2017. Pesanan Tempatan (LO) dikeluarkan oleh klien petang tarikh yang sama. Klien secara jelas menyenaraikan kerja-kerja yang perlu dilakukan oleh kumpulan kami seperti berikut:

Bil
Keterangan
1.
Perkhidmatan terjemahan dalam bentuk visual dan dijadikan sebagai berita video dalam berita portal BacalahMalaysia.com dan JustReadOnline.com.
2.
Material adalah dalam bentuk soft copy dan hendaklah disediakan 4 copy DVD.
3.
Bayaran bagi terjemahan dalam bentuk visual dan berkaitan adalah sebanyak RM300 bagi satu keluaran.
           

PROSES PRATERJEMAHAN

Sumber maklumat atau teks rujukan awal hanya berpandukan kepada buku kecil Faizal Sidik Songket Paintings (Buku Biru) mengenai pameran lukisan solo Faizal Sidik. Skrip bahasa Melayu untuk berita video dihasilkan terlebih dahulu untuk dijadikan teks sumber sebelum diterjemahkan dalam bentuk audio dan visual berpandukan kepada bahan yang ada sebelum skrip audio visual Bahasa Melayu ini diterjemah ke dalam bahasa Inggeris. 

            Pendekatan yang dipilih semasa menterjemahkan buku maklumat itu ke dalam skrip audio visual serta menterjemahkan buat kali kedua dalam versi Bahasa Inggeris adalah berdasarkan pendekatan fungsian mengikut Teori Skopos yang diperkenalkan oleh J.Vermeer, iaitu seorang professor dan pakar dalam bidang pengajian terjemahan dan orang yang bertanggungjawab meletakkan asas kepada teori terjemahan fungsian.  Dalam artikelnya, “Skopos and Commission in Translational Action”, Vermeer mengatakan “the word skopos is a technical term for the aim or purpose of a translation”. Beliau juga percaya bahawa skopos akan menentukan strategi terjemahan yang digunakan oleh penterjemah. Teori Skopos ini melihat pelakuan terjemahan dari perspektif yang baharu, yang tidak dibataskan oleh pendapat-pendapat konvensional yang berorientasikan teks sumber. Vermeer mengatakan bahawa, berdasarkan teori pelakuan (action), setiap pelakuan ada tujuannya (purpose), dan, memandangkan terjemahan adalah suatu pelakuan, maka pastinya ia juga mempunyai tujuannya. Vermeer, dalam Nord 1997:29 mengatakan peraturan Skopos adalah:

“Each text is produced for a given purpose and should serve this purpose. The skopos rule thus reads as follows: translate/interpret/speak/write in a way that enables your text/translation to function in the situation it is used and with the people who want to use it and precisely in the way they want it to function.”
“As its name implies, the source text is oriented towards, and is in any case bound to, the source culture. The target text, the translatum, is oriented towards the target culture, and it is this which ultimately defines its adequacy.”  

            Menurut Vermeer, skopos dan cara bagaimana (kaedah dan strategi) pelakuan terjemahan itu direalisasikan adalah ditentukan oleh komisen (commission) atau arahan yang yang ditetapkan oleh pelanggan (commissioner) atau oleh penterjemah itu sendiri.

“…the skopos can also help to determine whether the source text needs to be ‘translated’, ‘paraphrased’, or completely ‘re-edited’. Such strategies lead to terminologically different varieties of translational action, each based on a define skopos which is itself based on a specified commission”.

            Berpandukan pendekatan fungsian dan teori Skopos, kumpulan kami telah menghasilkan satu skrip berbahasa Melayu yang sesuai dengan kehendak klien. Namun, kekurangan bahan dan maklumat yang diperlukan menyukarkan proses awal ini dan kami terpaksa mengambil initiatif untuk menemuramah En. Faizal Sidik sendiri untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi menghasilkan skrip awal dalam bahasa Malaysia sebelum teks itu dijadikan teks sumber untuk diterjemah pula ke dalam bahasa Inggeris untuk digunakan sebagai skrip berita audio visual seperti yang dikehendaki pihak klien kami.

PASCA TERJEMAHAN
Selepas menghasilkan teks sumber dan teks sasaran, kerja-kerja penghasilan laporan berita audio visual mula dijalankan. Antara kerja-kerja pasca terjemahan yang dijalankan adalah:
  1. Mendapatkan suara latar dan muzik latar yang bersesuaian dengan skrip.
  2. Memberi arahan, memantau dan mengawal selia penyuntingan visual dan suara latar.
  3. Memasukkan bahan yang telah diterjemahkan ke dalam medium sokongan dalam format yang diperlukan.
  4. Menguji dan memuktamadkan produk akhir.
  5. Memasukkan produk akhir dalam medium serahan (CD).

            Menerusi hasil terjemahan iaitu berita audio visual, kumpulan kami seboleh-bolehnya berusaha untuk “menghidupkan” atau menjelmakan pemeran Catan Songket ke layar perak. Perincian dalam skrip laporan berita audio visual dilakukan melalui imaginasi kami sendiri dan mengikut keperluan pengisahan, sebagaimana terjemahan Hikayat Hang Tuah ke dalam  bahasa Inggeris oleh M.C. Sheppard (sekarang dikenali sebagai  Mubin Sheppard). Sheppard menjadi orang langka yang cuba memberikan semacam jelmaan awal kepada wira budaya Melayu alam bahasa Inggeris. Hasilnya ialah sebuah buku kecil yang berjudul The Adventures of Hang Tuah (1949) dan ditujukan kepada pembaca yang lebih muda. Walaupun demikian, orang dewasa juga dapat menikmati bakat dan bahasa yang digunakan Sheppard. Beliau menulis kembali cerita Hang Tuah secara agak penuh, walaupun ringkas dan pendek.  Buku ini cukup popular dan diterbitkan sekurang-kurangnya lima kali dan digunakan di sekolah-sekolah sebagai buku bacaan dalam kelas bahasa Inggeris.

            Sheppard mengakui bahawa beliau menggunakan sebanyak mungkin maklumat dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah dan apabila terdapat perbezaan antara kedua-duanya, beliau memberikan keutamaan pada Hikayat Hang Tuah. Namun beliau mengakui bahawa “many of the details are imaginary”.  Lakaran dalam dua buku asli itu ditambahkan dengan perincian yang direka oleh imaginasi Sheppard sendiri dan mengikut keperluan pengisahan. Sheppard didapati bukan sahaja menterjemah, malah beliau mengolah sumber-sumber dalam versi asal dan menceritakannya semula dengan cara yang cukup berkesan.

            Dalam konteks penterjemahan buku kecil pameran solo Faizal Sidik dalam bentuk laporan berita audio dan visual, hasil karya pelukis dijelmakan dalam projek Terjemahan HBT504 ini dalam bentuk jalan cerita naratif yang dimulai dengan pengisahan latar cerita siapa Puteri Gunung Ledang dan episod peminangan Puteri Gunung Ledang oleh Tun Mamat dan Laksamana. Selanjutnya, diperinci dan diperindahkan setiap visual dan grafik yang sesuai serta adunan muzik latar mengenai penemuan sebuah taman indah sebagaimana yang digambarkan di dalam buku Sejarah Melayu.

“...maka berkata Tun Mamat kepada Laksamana dan Tun Setia. Tinggallah Orang Kaya Laksamana semuanya di sini, biar beta naik, Maka kata Laksamana, “Baiklah.” Maka Tun Mamat pun pergi dengan dua tiga orang pantas berjalan sertanya, berjalan naik gunung itu. Setelah dekatlah pada buluh perindu seperti akan terbanglah rasa orang yang naik ke gunung itu, daripada sangat keras angin itu. Maka awanpun seperti dapat rasanya, dan bunyinya buluh perindu diatas gunung itu terlalu merdu bunyinya, burung terbang itu hinggap mendengar bunyinya dan segala mergastua yang mendengar itu sekaliannya tercenggang.  Maka Tun Mamat bertemu dengan satu taman, maka Tun Mamat masuklah di dalam taman itu...” ( sumber Sejarah Melayu)

Gambaran atau imaginasi penulis mengenai bunga-bungaan dan taman indah yang misteri yang ditemui oleh Tun Mamat inilah yang cuba dijelmakan oleh Faizal di atas kanvas.
                                                                                                            

ISU-ISU DALAM TERJEMAHAN

Isu bahasa
  • Bahasa yang digunakan dalam buku maklumat itu lebih berunsur retorik, lewa, kaku dan tidak sesuai dengan gaya penulisan laporan berita audio visual.
  • Laporan berita audio visual menggunakan bahasa Melayu yang moden,  ringkas dan padat.
  • Bahasa diperindahkan lagi dengan latar muzik dan suara latar yang lebih mudah difahami dan dihayati.
Isu Skrip
  • Penghasilan skrip audio visual memerlukan kemahiran mengendalikan perisian khusus dan pengetahuan agar memudahkan proses penyuntingan.
  • Skrip audio visual juga mempunyai format khusus dan dibahagikan kepada dua segmen iaitu audio dan visual dengan tujuan untuk memudah dan melancarkan proses suntingan dilakukan.

MASALAH DAN PENYELESAIAN

Masalah 1: Ketidakcukupan Maklumat dan Visual
Penyelesaian:
  • Kumpulan kami mengaturkan temu bual khas dengan sumber teks sumber (pelukis) secara peribadi bagi mendapatkan maklumat, visual tambahan serta rakaman suara yang diperlukan untuk skrip sepanjang antara 4 hingga 5 minit.
  Membuat penyelidikan untuk mendapatkan visual dan gambar statik (Puteri Gunung Ledang) yang sesuai untuk dimuatkan dalam laporan terjemahan.
  Puan Rafe’aton membuat penggambaraan ke Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan semasa cuti pertengahan semester lepas untuk merakam visual songket dan kraf lain untuk dimuatkan ke dalam projek terjemahan.

Masalah 2: Mendapatkan peralatan bagi tujuan rakaman visual, suara latar dan penyuntingan visual.
Penyelesaian:
  • Kami memohon kebenaran secara rasmi kepada pihak pengurusan tertinggi agensi berita Bernama melalui Jabatan Audio Visual (Bernama News Channel) dengan menghantar surat rasmi kepada Ketua Editor Tugasan Encik Abdul Rahman Ahmad pada 3 April 2017. 

Masalah 3: Tiada kemahiran membuat suntingan visual.
Proses penyuntingan audio visual perlu dilakukan oleh individu yang berkemahiran teknikal.
 Penyelesaiaan:
  • Kami mengupah kenalan yang berkemahiran dalam mengendalikan mesin pengadun audio dan visual. Namun atas dasar kenalan, rangkaian sahabat dan pelajar, harga upah yang dibayar tidaklah besar.
  Kami turut meluangkan masa untuk menunggu kerana suntingan hanya dapat dilakukan selepas siaran berita iaitu pada 11.30 malam atau ketika penyunting audio visual selesai melaksanakan tugas-tugas hakikinya dan mesin penyuntingan visual dapat digunakan tanpa menggganggu dan menjejaskan operasi bilik berita.

Masalah 4: Anggota kumpulan tidak mempunyai kemahiran untuk membuat suara latar dan nada suara juga tidak sesuai untuk digunakan.
Penyelesaian:
  • Kami meminta bantuan pembaca berita BNC, Azmawati Azmi untuk melakukan rakaman suara latar kedua-dua skrip bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

RUMUSAN


Semasa menjalankan tugasan ini, apa yang dapat kami rumuskan ialah peri pentingnya jaringan (networking) atau kenalan (contact) bagi seorang penterjemah. Bagi menjayakan sesuatu projek terjemahan, sama ada dalam bentuk teks atau audio visual, tidak dapat tidak, penterjemahan perlu mempunyai pengetahuan dan  kemahiran yang tinggi dalam bidang-bidang berkaitan dengan projek yang diterima. Namun, sebagai manusia biasa,  agak mustahil untuk menemukan seseorang yang sempurna pengetahuannya dan kemahirannya. Justeru, kelemahan seseorang penterjemah dalam sesuatu bidang, terutamanya bidang teknikal, perlu dilengkapkan oleh pengetahuan dan kemahiran orang lain yang lebih arif dalam bidang berkenaan. Dan, dalam kes ini, kami mengakui bahawa kerja-kerja  teknikal seperti  penyuntingan audio visual, rakaman suara latar tidak mungkin berjaya dilakukan mana-mana seorang daaripada ahli kumpulan ini tanpa bantuan daripada yang pakar. Namun begitu, penting juga bagi penterjemah mempunyai pengalaman dan kemahiran khas dalam bidang teknologi komunikasi supaya dapat meluaskan bidang kepakaran. Tugasan ini juga membuktikan kreativiti penterjemah tidak sepatutnya dibatasi oleh teks sumber dan dengan berpandukan teori Skopos, ia secara tidak langsung turut mengingatkan penterjemah bahawa mereka tidak menterjemah teks sumber dengan sia-sia. Ada tujuan dan matlamatnya.

RUJUKAN


Goh Sang Seong. (2016). Isu-isu Dalam Terjemahan Karya Sastera. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Gouadec, D. (2015). Penterjemahan Sebagai Kerjaya. Penterjemah Haslina Haroon. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia.
Haslina Haroon & Hasuria Che Omar (2013) Asas Terjemahan dan Interpretasi. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Munday, J. (2008) Introducing Translation Studies: Theories and Application (Second Edition). London: Routledge
Nord, C. (1997). Translating as a Purposeful Activity: Functionalist Approaches Explained. Manchester: St. Jerome Publishing.
Nord, C. Functionalist Approaches dlm Gambier, Y. & Van Doorslaer, L. (2010). Handbook of Translation Studies. Vol. 1, Amsterdam/Philadelphia: John Benjamins.

Vermeer, H. J. Skopos and Commission in Translational Action, dlm Venuti, L (ed), 2004 [2000]. The Translation Studies Reader. London & New York: Routledge, 

LAMPIRAN

Skrip Versi Bahasa Melayu
*insert MONTAJ** berdasarkan buku biru ***Faizal Sidik Catan Songket**)

**VE start EDIT***
***START VO***
Siapa yang tidak pernah mendengar kisah Lagenda Puteri Gunung Ledang?.
Boleh dikatakan hampir setiap rakyat Malaysia-- mengetahui kisah sang puteri yang amat rupawan dan boleh berubah wajah demi menjaga dan melindungi Gunung Ledang.
Sejarah dan mitos menunjukkan Gunung Ledang -- kawasan yang kaya dengan emas yang turut menarik kehadiran pedagang asing sejak dahulu kala.
***ROLL CAM**

Apa yang menarik -- kisah dogeng peminangan puteri gunung Ledang  dan penemuan sebuan taman kayangan yang diceritakan di dalam Sulalatus Salatin @ Sejarah Melayu ini diterjemahkan dalam bentuk catan songket.
 Cetusan idea dan kreativiti catan songket atas kanvas ini diilhamkan Kurator Balai Seni Visual Negara  dan pelukis tempatan, Faizal Sidik.
Faizal berjaya 'menghidupkan' imaginasi taman misteri ini Gunung Lendang dengan menggabungkan kraf dan kesusasteraan tradisi tentang perjalanan Tun Mamat dan Laksamana yang melalui sebuah taman kayangan ketika misi meminang Puteri Gunung Ledang.
Taman misteri ini berjaya dijelmakan  melalui pameran solo Faizal selama hampir sebulan yang berlangsung di Muzium Seni Asia, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pameran ‘Faizal Sidik: Catan Songket’, --- menghimpunkan lebih 50 karya seni terbaharu yang dihasilkan dari tahun 2010 hingga 2016.
SOT FAIZAL: (DALAM P2 - APRIL 2017-assignment si BJ) lepas tu insert vis songket dari KB ***

“Ada satu scene atau babak orang suruhan sultan iaitu Tun Mamat dan laksamana telah nak ke gunung untuk meminang Puteri Gunung Ledang itu. Jadi dalam nak meminang puteri gunung ledang itu, Tun Mamat yang naik itu dia terjumpa sebuah taman yang indah. Jadi taman yang indah inilah saya cuba gambarkan adalah sebuah taman yang indah yang berinspirasikan daripada motif songket.”
SUPER: Faizal Sidik/Kurator Balai Seni Visual Negara

(**Close up buku Sejarah Melayu*** Dari PHONE Siew Leng/Rafe’aton)
Pameran solo beliau ini juga adalah adaptasi prihatin Faizal terhadap manuskrip Sejarah Melayu yang mempunyai pelbagai versi dan salinannya yang tersimpan di beberapa perpustakaan utama seperti di kota London, Belanda, Jakarta dan Rusia.
(vis close up --- motif-motif songket/thumdrive  ) dari phone RAM
Catan songket atas kanvas oleh Faizal pula adalah satu kesinambungan tradisi dalam bentuk lukisan kontemporari yang menggunakan motif bunga-bungaan songket seperti  bunga bintang, bunga tanjung, bunga matahari, awan larat dan lain-lain.

C/WAYS FAIZAL AT WORK/TGH MELUKIS : (boleh add cutaways di office dia semasa interview pada 20 April 2017 )
Faizal Sidik adalah seorang yang tekun  dan fokus dalam setiap kajian dan kepekaannya dalam memahami ilmu seni halus khususnya berkaitan alam dan raja.

***C/WAYS PAINTING/ still PIC Faizal kerja di studio " visual songket *** 
Karya-karya Faizal mengangkat martabat kesusasteraan Melayu tradisional sebagai wadah komunikasi yang ditampung  dengan teknik visual songket --- lambang nilai estetika tanpa sempadan.

Merenung ke jendela masa, Faizal anak kelahiran Petaling Jaya -- gigih menyusuri setiap sempadan negara hingga ke peringkat dunia dalam mencari idea-idea baharu termasuk ke Berlin, Rom dan Venice, untuk memartabatkan khazanah seni negara.
(***Add SOT interview on his trip to Rome, Milan, Berlin & Venice to find ideas and inspiration here)



TC: 13;05:13 ---14:00:00
"Saya nampak, memang kita ni sebenarnya di mana asal kita .. maksud tu ialah kita tidak boleh buat karya ikut orang tetapi sesuaikan dengan iklim ....jadi saya dapat inpirasi saya kat asia tenggara ini, banyak benda2 yang kita boleh kaji.. 'FLASH'  saya nampak songket ni satu kraf tradis yang masih boleh banyak  dikongsikan,'
SUPER: Faizal Sidik/ Kurator Balai Seni Visual Negara
CW - LUKISAN CATAN---(30-69)
Selain aktif mengadakan pameran solo dan berkumpulan, Faizal juga giat mengkuratorkan pameran seni dan menyumbang penulisan seni untuk katalog, akhbar harian, majalah dan blog.

(***ZOOMING ON ANOTHER PAINTING))
Apa yang pasti  Himpunan catan songket di atas kanvas oleh Faizal ini adalah satu kesinambungan tradisi dalam bentuk catan kontemporari.

(visual2 lukisan songket Faizal**)
Catan songket sebegini bukan sahaja mampu memberi dimensi baharu dalam dunia seni cantan tanah air. namun ia sekali gus mempamerkan keunikan karya pelukis tempatan.
SOT: drp BJ  ( boleh lay dengan visual lukisan Faizal**)

“Lukisan-lukisan saya, saya cuba letakkan untuk satu tahap yang lain yang mana ia boleh ditatap maknanya lukisan yang diletak atau digantung atas dinding. Jadi dia akan berada di situlah jadi pada masa sama apabila motif songket ini dilihat dia akan mengembalikan semula atau menguatkan lagi ketamadunan kita sekarang inilah.”
SUPER: FAIZAL SIDIK/ kurator Balai Seni Visual Negara  

Skrip bahasa Inggeris

***START VO***
Who has not heard about the legendary Princess of Mount Ledang?
Almost every living soul in Malaysia knew about the story of the beautiful princess who is said to be able to change the way she looked, in her bid to protect the mountain.

Ancient history and myth described the Mount of Ledang as being the site of rich gold deposits which has lured foreign traders.
***ROLL CAM**
Interestingly today -- the story of the journey made by Melaka Sultan's stewards to convey his marriage proposal to the Princess of Mount Ledang and the discovery of the enchanted garden as told in Sulalatus Salatin or the Sejarah Melayu are translated in the form of songket paintings.

The idea to put songket on canvas was mooted by local artist, Faizal Sidik, who is also National Visual Arts Gallery Curator.

In his paintings, Faizal combined craft and traditional literature and managed to revive the mystery and  the describe the beautiful scenery seen by Tun Mamat and the admiral while passing through the enchanted garden during the mission to propose the princess for the Sultan.

The mysterious enchanted garden came alive at the recent Faizal Sidik's month-long solo exhibition held at the Museum of Asian Arts, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
The ‘FaizalSidik: Songket Paintings' exhibition showcased over 50 paintings produced by the artist from the year 2010 to 2016.

SOT FAIZAL: (DALAM P2 - APRIL 2017- lepas tu insert vis songket ***

“Ada satu scene atau babak orang suruhan sultan  iaitu Tun Mamat dan laksamana telah naik ke gunung untuk meminang Puteri Gunung Ledang itu. Jadi dalam nak meminang puteri gunung ledang itu, Tun Mamat yang naiki tu dia terjumpa sebuah taman yang indah. Jadi taman yang indah inilah saya cuba gambarkan adalah sebuah taman yang indah yang berinspirasikan daripada motif songket.”
SUPER: FaizalSidik/KuratorBalaiSeni Visual Negara
Subtitle:  There was a scene where the Sultan's stewards Tun Mamat and the admiral scaled the mountain to convey the marriage proposal to the Princess of Mount Ledang. It was during the trip that Tun Mamat discovered the enchanted garden. So, I tried to describe this beautiful enchanted garden on canvas, inspired by the songket motifs.

 (**Close up buku Sejarah Melayu*** Dari PHONE SiewLeng)

The solo exhibition was also an adaptation of Faizal's concern over the precious Sejarah Melayu manuscript, which copies were being preserved at several main libraries in the world, such as in London, Netherlands, Jakarta and Russia.

(vis close up --- motif-motif songket/thumbdrive  ) dari phone RAM

Songket paintings on canvas are also the continuity of the traditional and contemporary paintings using motifs of star flower, mimusops elengi flower, sunflower and clouds.

C/WAYS FAIZAL AT WORK/TGH MELUKIS : (boleh add cutaways di office Faizal semasa interview pada 20 April 2017 )
Faizal Sidik is a hardworking and focused in his studies and sensitivities in understanding fine arts, especially relating to nature and monarchy.
***C/WAYS PAINTING/ still PIC Faizalkerja di studio " visual songket *** 

His paintings upheld the traditional Malay literature as a medium of communication supported by the visual technique of songket weaving - a symbol of borderless ecstatic value.

Looking back into the frame of time, the Petaling Jaya-born artist has been going beyond the borders to find new ideas  for his arts, and to uplift the status of national arts and heritage,  including to Berlin, Rome and Venice.

(***Add SOT interview on his trip to Rome, Milan, Berlin & Venice to find ideas and inspiration here)

TC: 13;05:13 ---14:00:00
"Saya nampak, memang kita ni sebenarnya di mana asal kita...maksud tu ialah kita tidak boleh buat karya ikut orang tetapi sesuaikan dengan iklim...jadi saya dapat inpirasi saya kat Asia Tenggara ini, banyak benda-benda yang kita boleh kaji.. 'FLASH'  saya Nampak songket ni satu kraf tradisi yang masih boleh banyak dikongsikan,'
SUPER: FaizalSidik/ KuratorBalaiSeni Visual Negara
CW - LUKISAN CATAN---(30-69)
Apart from organising solo and group exhibition, Faizal is also active in curating art shows and writing articles for catalogues, newspapers, magazines and blogs.

(***ZOOMING ON ANOTHER PAINTING)

For sure, the collection of songket paintings on canvas by Faizal Sidik is a continuity of tradition in contemporary paintings.

(visual2 lukisansongketFaizal**)
Songket paintings like this not only capable of giving a new dimension in the national visual arts industry, but also of showcasing the uniqueness and creativity of local artists.

SOT: drp BJ ( boleh lay dengan visual lukisan Faizal **)

“Lukisan-lukisan saya, saya cuba letakkan untuk satu tahap yang lain yang mana ia boleh ditatap maknanya lukisan yang diletak atau digantung atas dinding. Jadi dia akan berada di situlah jadi pada masa sama apabila motif songket ini dilihat dia akan mengembalikan semula atau menguatkan lagi ketamadunan kita sekarang inilah.”
SUPER: FAIZAL SIDIK/ curator Balai Seni Visual Negara  
Subtitle: I try to put my paintings on a different level which they can be watch, placed or hanged on the wall. As long as they are there, the songket will be there too, hence reviving or strengthening our civilisation.